Persiapkan Diri Sebelum Bersara

10/23/2013 10:49:00 PG 2 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedikit info hari ini yang hendak dikongsikan dari sumber FB Page KWSP.. mungkin dengan sedikit info ini dapat membuka minda kita semua, apa yang perlu dilakukan sebelum usia persaraan kita tiba nanti..

Bagi kakitangan kerajaan mungkin mereka sedikit selesa dengan duit pencen yang ada.. itu pun kalau duit pencen yang dibayar setiap bulan bila bersara nanti nilainya besar.. kalau hanya beratus ringgit sahaja.. mungkin akan garu kepala juga..

Tapi bagi kakitangan swasta seperti saya macam mana.. tentunya mengharapkan duit KWSP sahaja bila bersara nanti.. itupun kalau duit KWSP banyak.. kalau sikit akan garu kepala juga..

 

SIMPANAN PERSARAAN TAK CUKUP

duit bersara tak cukup

Sesetengah kita beranggapan caruman yang dibuat oleh anda dan majikan pada setiap bulan adalah mencukupi untuk persaraan. Namun statistik di bawah menunjukkan anda perlu membuat sesuatu seperti mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan dengan menyimpan dan merancang kewangan lebih awal lagi.

Berikut ialah Statistik KWSP 2012:

  • 71.51% ahli berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang RM50,000
  • 91.07%  ahli aktif berpendapatan bulanan kurang RM5,000 dan ke bawah
  • 31.41% ahli aktif bergaji bulanan RM900 dan ke bawah
  • 78.66% ahli aktif bergaji bulanan RM3,000 dan ke bawah (dikategorikan sebagai berpendapatan rendah di bandar)

Berdasarkan statistik di atas, KWSP menyambut baik keputusan kerajaan mengenai perlaksanaan Gaji & Umur Persaraan Minimum kerana ia akan meningkatkan simpanan ahli serta memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah. Upah yang rendah dan simpanan yang dibelanjakan dengan cepat akan menjejaskan simpanan persaraan anda.

Fakta lain adalah seseorang individu memerlukan di antara 60% dan 80% dari gaji akhir apabila bersara TETAPI simpanan KWSP kebanyakannya dihabiskan dalam tempoh 5-10 tahun. Oleh itu, mulakan menyimpan mulai sekarang untuk mengelakkan masalah ini. [Sumber FB Page KWSP]

 

BERSARA SELESA

bersara selesa

Secara umumnya, bergantung kepada simpanan KWSP sahaja mungkin tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. Jangka hayat yang panjang, gaji rendah dan bersara awal akan memberikan kesan kepada simpanan persaraan anda.

Sehingga hari ini, umur pengeluaran semua simpanan KWSP kekal pada 55 tahun, walaupun umur persaraan minimum telah dilanjutkan ke 60 tahun dan purata jangka hayat penduduk di Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun.

KWSP ingin menasihati anda untuk meningkatkan simpanan persaraan dengan:

1) Mulai menyimpan dari awal

2) Mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan

3) Merancang keperluan jangka panjang

4) Melabur dengan bijak

5) Penjagaan kesihatan

Untuk mendapatkan lebih banyak info dan panduan sebelum tiba persaraan bolehlah rujuk di FB Page KWSP

** 25hb Oktober 2013 hari Jumaat ini adalah tarikh pembentangan Bajet 2014 apa yang anda harapkan dari pembentangan bajet kali ini?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Semua ini menghantui hidup kita sebagai pekerja swasta terutama sekali bila bersara pun masih ada hutang2 yg belum langsai.

    BalasPadam
  2. Kita memang kena usaha dapatkan pendapatan tambahan untuk survive hari hari mendatang

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..