Harraz Nampak Ok di Taska Baru Cuma….

10/02/2013 11:44:00 PG 6 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke-2 si comel harraz berada di taska tempat kerja cik isteri.. untuk hari semalam.. nampak harraz macam ok.. masa tengahari bila cik isteri nak gi jenguk dia.. masa tu dia tengah tidur.. petang pulak masa nak ambil dia cik isteri kata dia duduk termenung je sambil pegang mainan.. kesian anak aku ni.. duduk dekat taska ni.. takda siapa nak manjakan dia.. kalau duduk dekat pengasuh.. asik kena belai je.. hehehe.

Memang beza sikitlah pengasuh jaga dengan taska.. kalau dekat pengasuh time cik isteri jemput dia.. dia dah siap mandi-mandi bau wangi-wangi dengan losen bagai.. semalam masa ambil dia.. aku cakap dengan cik isteri.. kenapa harraz tak wangi pun macam sebelum ni.. hehehe

Harraz tembam

Cuma… apa yang kurang sedap sikit aku dengar.. bila cik isteri dimaklumkan oleh penjaga dekat taska tu.. masa anak menangis pagi tu.. penjaga taska tu kata harraz macam kena angin pasang.. aik sejak bila anak aku kena angin pasang pulak.. sebab sepanjang setahun 7 bulan pengasuh jaga takda pulak dia cakap ada masalah dekat anak aku ni.. tup-tup hari pertama dekat taska dia orang kesan macam harraz ada penyakit angin pasang.. kalau harraz dah sunat tu memang betullah..

Aku pulak tak berapa arif pasal penyakit angin pasang ni.. yang aku tahu orang yang kena angin pasang ni.. kantung telur zakar dia akan membesar.. sama seperti keadaan anak saudara aku yang kena sakit angin pasang sejak lahir.. bila budak tu nangis je.. mesti telur dia akan membesar.. Tapi sekarang alhamdulillah lepas usia 2 tahun mak dia buat pembedahan dan sekarang dah ok..

Jadinya balik semalam dekat rumah time dia nangis.. cepat-cepat aku check kantung telur dia.. aku tengok ok je.. takda masalah pun.. tapi aku still monitor lagilah.. kot-kot baru jadi ke.. kalau betul aku kenalah  bawa  jumpa doktor.

Kepada rakan-rakan yang ada pengalaman dalam masalah angin pasang pada bayi atau kanak-kanak tu bolehlah kongsikan dengan aku dalam ruangan komen dekat bawah ni.. macam mana tanda-tanda budak-budak yang kena angin pasang ni..

Risau juga kalau-kalau betul apa yang penjaga dekat taska tu inform semalam.. huhu

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. sakit lain kot ... cuma penjaga taska tu x dpt pastikan ...

    BalasPadam
  2. ala cam ne boleh jadi cam tu ek... cian Harraz la..

    BalasPadam
  3. As salam. Anak sedara sy umur dh 2thn kot. Kena angin psg. Dia xsemestinya kat telur tu. Tgk kat peha atau atas ari2 dia ada mcm biji angin x. Klu xde bguslah. Kena jaga elok2 anak lelaki. Anak sdra sy tu mulanya angin psang.now dh jadi kanser testis dan telur dh dibuang. Sian budak lagi.. tapi harraz ok kot. Pengasuh tu xreti tgk agaknya.

    BalasPadam
  4. agak-agak risau, bawak ke klinik dulu ke. harap takde apa-apalah.

    BalasPadam
  5. risau plak dengan pasal angin pasang nih

    BalasPadam
  6. itu laa beza hantar taska ngan pengasuh..
    Taska ramai budak, tak leh nak tunpu kat anak kita saja... Sebab mcm terabai sikit... Tapi kalau dah besar sikit cam harraz kira ok laa.. bagi environtment lain sikit... Bagi dpt kawan...

    Untuk angin pasang, monitor elok2 bro.. kalau confirm, bawa pergi jumpa doktor.. cegah sebelum parah..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..