Hari Pertama Harraz Di Taska Baru

10/01/2013 10:11:00 PG 1 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini bermulalah episod baru si comel kami.. berpindah dari rumah pengasuh ke taska baru di tempat kerja cik isteri.. Macam biasalah tempat barukan.. mesti tak serasi lagi.. masa mula-mula nak keluar kereta dah nampak muka nak nangis.. dan akhirnya air mataku keluar juga kerana ditinggalkan oleh mama & daddy.. hehehe..

Harraz Taska TNB 1

Mama yang excited.. harraz macam nak nangis je… kesian dia nak kena tinggal.. hari ni.. dia tak dapat jumpa umi dia.. kakak dia.. dan abang-abang dia..

Harraz Taska TNB 2

Hari pertama gi masuk pejabat dan daftar dulu.. harraz macam tahu-tahu nak kena tinggal.. punya kuat dia peluk mama dia.. hehehe.. menurut pengetua taska tu.. budak-budak akan masuk rumah masing-masing jam 8.30 pagi.. so sebelum jam 8.30 tu.. budak-budak kena tinggal dekat rumah sementara dalam taska tu.. nanti pengasuh-pengasuh yang akan hantar budak-budak tu ke rumah taska masing-masing.. Dekat taska ni bersistematik sikit.. oklah.. first impression nampak macam ok.. tapi masih awal untuk buat sebarang andaian..

Harraz Taska TNB 3

Harraz ditempatkan sementara dekat rumah ni.. sementara tunggu jam 8.30 pagi untuk diletakkan dekat rumah-rumah yang dah dibahagi-bahagikan oleh pengurus taska ni.

Harraz Taska TNB 4

Tengok harraz macam keras je.. dah tak tahu nak gi mana-mana.. walaupun kawan-kawan nampak ramai.. masih barukan..

Harraz Taska TNB 5

Nilah antara anak-anak staff dekat tempat cik isteri kerja yang mak ayah dia orang tinggalkan.. ada yang tengah nangis.. ada yang tengah baring.. dan ada yang diam je..

Harraz Taska TNB 6

Dan pada masa ini.. saat yang paling sedih sebab kena tinggal si comel dekat pengasuh.. masa nak bagi dekat pengasuh macam biasa.. menangislah juga.. tapi tinggal juga.. tengok muka mama dia macam nak nangis je.. aku tak tegurlah mama dia.. kang nangis juga.. jenuh nak pujuk nanti.. hehehe..

Diharapkan hari pertama ni anak aku oklah dekat taska baru ni.. kita tunggu petang nanti macam mana keadaan harraz ye.. balik nanti baru interview dia.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. sian HArraz. smga dapat membiasakan diri. biasa kejap je budak2 ni nangis.. :-)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..