Tonton Movie Di Mana-mana Dengan ESCAPE

9/19/2013 11:59:00 PTG , 1 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Saya percaya ramai pengguna internet diluar sana suka menonton movie secara online betul atau tidak? Selepas ini anda boleh ceriakan lagi hidup anda dengan menonton movie secara online di Tablet, PC, Laptop dan Smartphone pada bila-bila masa.

Berita baik ini ingin saya kongsikan kepada semua yang telah menjadi pelanggan celcom pada masa kini. Jadi kepada yang belum menjadi pelanggan celcom bolehlah menjadi pelanggan celcom pada masa sekarang.

clip_image002

Sekiranya anda perasan beberapa hari yang lalu terdapat satu iklan dikaca TV anda yang tertera perkataan ESCAPE.. perasan atau tidak? Jika tidak balik rumah nanti cuba anda perasan-perasankan..

ESCAPE sebenarnya adalah satu ruangan hiburan buat anda semua yang mana selagi anda disambungkan kepada internet anda boleh menghiburkan diri anda dimana-mana sahaja.

Dan yang menariknya didalam escape ni adanya fungsi “Pause & Play”, anda pause dilaptop atau PC anda boleh sambung resume balik di smartphone anda.. menarik bukan.

Bagaimana untuk mencapai ESCAPE ni?

Langkahnya sangat mudah yang mana jika anda menggunakan PC atau laptop hanya perlu layari http://www.escnow.com. Seterusnya buat pendaftaran terlebih dahulu.

Bagi yang menggunakan Smartphone atau tablet and boleh membuat muat turun aplikasi escape di google play dan Apple Store. Mudah bukan.

clip_image004

Daftar sekarang

Panduan membuat Pendaftaran ESCAPE melalui PC atau laptop

clip_image006

Pendaftara boleh dibuat dengan melalui akaun facebook atau nombor celcom anda

clip_image008

Isikan maklumat yang diminta seperti diatas.. bagi pengguna celcom anda boleh menggunakan akaun pospaid atau prepaid

clip_image010

DSCN0060

Selesai pendaftaran anda dikendaki memasukan code number yang diberikan melalui nombor celcom yang di daftarkan tadi.

clip_image012

Jika code yang dimasukkan benar satu pengesahan email perlu dibuat melalui akaun email yang diberikan semasa pendaftaran dibuat

clip_image014

Check email anda dan klik pada link pengesahan yang diberikan melalui email sekiranya berjaya anda boleh terus login ke akaun escape anda

clip_image016

Selesai sahaja pendaftaran dan login ke dalam akaun, anda boleh terus menikmati tayangan pelbagai movie dan drama dengan bayaran serendah 0.80 sehari..

clip_image018

clip_image020

Untuk mendapatkan 30 hari langganan anda perlu membuat bayaran RM25.00 (0.80 sehari) samada menggunakan akaun celcom anda atau kad kredit anda.

clip_image022

Bagi yang ingin menonton filem tertentu sahaja anda boleh memilih pilihan pada “Watch one” dan bayaran akan dikenakan kepada anda untuk tempoh langganan 2 hari. Jumlah bayaran bergantung kepada movie yang ingin di tonton.

KL Gengster 2

clip_image024

Jom daftarkan diri di ESCAPE bagi membolehkan anda mendapat access menonton filem-filem terkini secara online dimana-mana sahaja.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..