Panduan Semak Akaun Tabung Haji Online Di Maybank2u

9/26/2013 09:23:00 PG , 10 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan semangat untuk berkongsi sedikit panduan menyemak akaun Tabung Haji secara online melalui maybank2u.. mungkin juga ada yang dah tahu caranya.. tapi disini aku nak bagi panduan untuk yang belum mengetahui caranya.. rata-rata kebanyakkan orang ada mempunyai akuan maybank2u dan kenapa kita tidak gunakan perkhidmatan yang diberikan sebaiknya..

Dengan kaedah ini .. korang dapat menjimatkan masa untuk pergi ke pejabat tahun haji untuk membuat semakan akaun, pendaftaran tabung haji dan pindahan duit ke akaun tabung haji.

Langkah pertama.. sebelum korang menggunakan perkhidmatan ini korang perlu mengaktifkan akaun tabung haji korang melalui kad maybank korang di mesin ATM Maybank.. panduan untuk aktifkan akaun tabung haji di mesin ATM rujuk pnaduan yang telah dibuat oleh sahabat blogger kita di SINI..

Langkah seterusnya korang perlu login terlebih dahulu kedalam akaun maybank2u korang selepas proses pengaktifan akaun tabung haji berjaya di Mesin ATM.

Semak akaun TH 1

Klik pada “Accounts & Banking”

Semak akaun TH 2

Klik pada pilihan “Transfers”

Semak akaun TH 3

klik pada pilihan “Tabung Haji”

Semak akaun TH 4

Korang akan melihat 3 pilihan iaitu Balance Inquiry, Fund Transfer dan Haji Registration

Semak akaun TH 8

Sekiranya akaun tabung haji tidak diaktifkan pada Mesin ATM lagi.. mesej error seperti ini akan dipaparkan. bila anda klik pada mana-mana tiga pilihan diatas.

Semak akaun TH 7

Bahagian Balance inquiry = bahagian untuk menyemak baki dalam simpanan tabung haji korang..

(seperti aku memang sangat berguna bahagian ini.. kerana aku ada membuat potong gaji ke dalam akuan tabung haji.. so kalau aku nak tahu syarikat dah bankin duit dalam tu.. aku boleh semak baki terkini..)

Semak akaun TH 6

Bahagian Fund Transfer = bahagian ini memboleh korang membuat pindahan duit kedalam akaun korang tidak kira dari tabung haji ke akaun maybank2u atau sebaliknya.

Semak akaun TH 5

Bahagian ketiga adalah Haji Registrations = korang juga yang dah cukup syarat untuk daftar haji boleh terus daftar secara online melalui maybank2u.. syaratnya sekurang-kurang ada duit dalam akaun tabung haji sebanyak RM1,300.00.

Diharapkan sedikit perkongsian ini dapat kita semua manfaatkan bersama.. dunia dihujung jari kita semua.. anda yang membuat pilihan.. jimatkan masa dan tenaga kita semua.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. Terima kasih bro atas perkongsian. Maybank pun dah terlibat. Igt bank islam je. Berapa charge untuk sekali transaksi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak perasan tn. berapa chargenya.. tak pernah buat transfer.. cuma selalu semak baki dalam akaun je.. :-)

      Padam
    2. @ Myvitrd: Terima kasih banyak atas perkongsian.

      Sebelum ini, saya pun risau bila keluar "error" di panel m2u. Rupa-rupanya sebab saya belum aktifkan akaun TH pada mesin atm lagi.

      Alhamdulillah, semalam saya dah boleh semak baki TH dan buat pindahan wang. :)

      Padam
    3. @ Aslamber: Masa saya buat pindahan wang, caj RM1 untuk setiap transaksi.

      Padam
  2. nice info..memang nak buat tapi asyik hang up jer.....

    BalasPadam
  3. terima kasih ajar cara - caranya ...

    BalasPadam
  4. Tak perasan pula maybank2u sudah ada. Terima kasih kerana mengingatkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya mula2 pun tak perasan entah macam mana boleh perasan.. hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..