Jual Rumah Menggunakan Khidmat Agen Berbaloi Atau Tidak

9/04/2013 08:45:00 PTG , 4 Comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Entri aku kali ini menjurus kepada bentuk perbincangan dan pengalaman korang semua yang ada pengalaman dalam urusan menjual rumah secara sendiri atau menggunakan khidmat Agen. 

Diharapkan juga dengan komen dan pengalaman korang nanti dapat membantu aku membuat keputusan samada perlukah aku menggunakan khidmat agen atau tidak untuk menjual property yang aku ada sekarang ni.

kredit photo : Pakcik Google


Buat masa ini aku bercadang untuk melepaskan atau bahasa mudahnya merancang untuk menjual property yang aku tengah duduk sekarang ni.. bagi membolehkan aku membeli satu property lain.

Perancangan asalnya aku bercadang nak menjual sendiri property tu.. tapi selepas aku iklankan property tu di mudah.my nampaknya no.phone cik isteri yang aku gunakan tidak berhenti-henti dari pagi sampai malam terima panggilan dari agen perumahan.

Ada agen yang menawarkan service charge untuk bantu jualkan property tu sebanyak 2 hingga 3 peratus dari harga property yang hendak dijual..

Sempat juga aku tanya macam mana cara nak bayar kos agen ni.. menurut agen tu.. charge perlu dibayar pada agen jualan apabila loan pembeli telah diluluskan oleh pihak bank.

Jadi disebabkan aku takda pengalaman dalam berurusan dengan agen property ni.. andainya ada sesiapa yang pernah berurusan dengan agen ni dan berjaya menjual property tu bolehkan korang kongsikan pengalaman korang dalam entri aku ni..

Risau juga kalau-kalau kena tipu dengan agen sebenarnya..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. rugi pakai agen....2% amik di agen....lebih2 lagi rumah yang senang dijual, better tak gunakan servis agen

    BalasPadam
  2. ayah saya pun tgh nk proses jual beli rumah..
    cumanya just mintak consultation pakar jelah dlm bidang ni,,pastu dia uruskan sendiri..buyer dah ade,, tinggal nak jual je lagi,,

    Alhamdulillah.. Rezeki Business bulan Ogos..4 figure income in hand.

    BalasPadam
  3. tak de pengalaman ... betul kata eyriqazz ... dan ikut cadangan cik aann

    BalasPadam
  4. kalau faham flow jual rumah, x pyh pkai ejen bro.. gunakan pengalaman masa
    beli rumah dlu je.. kt iklan mudah.my tu tulis "ejen tidak dlayan"

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..