Gurau Ganas Dengan Harraz

9/09/2013 03:48:00 PTG 1 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah pejam celik genap sudah anak aku usianya hari ini 1 tahun 9 bulan 1 hari.. dua tiga hari lepas kena demam panas memang dah boleh agak dah setiap kali nak masuk bulan baru paling tidak 2 atau 3 bulan sekali mesti si comel ni akan demam..

Syukur jugalah demamnya biasa tak lama paling lama pun 2 hari.. cuma kali ni demam + batuk dapat pakej batuk sekali .. batuknya je yang lambat sikit baik.. tapi sekarang alhamdulillah semua dah ok..

demam lagi

Masa gi klinik ambilkan ambilkan ubat demam mintak doktor timbang sekali.. sekali timbang aku memang dah agak mesti berat dia dibawah berat normal dengan usia dia.. sepatutnya dengan usia satu tahun 9 bulan anak aku mesti berat dah lebih 10kg.. tapi malangnya bila timbang berat dia cuma 9kg je.. huhu.. risau juga sebab berat tak normalkan..

Tapi doktor ada cakap.. selagi anak aktif dan tak sakit takpelah.. yang penting anak tu ceria dan ok.. kekadang katanya budak ni memang susah nak makan.. so sekarang ni aku dah start bagi dia vitamin tambahan kot-kot dia nak berselera nak makankan lepas ni..

Bulan depan awal oktober dah start nak hantar ke taska baru.. harap-harap oklah dia dekat tempat baru tu nanti.. pengasuh lama still hantar juga seminggu 2 kali sebagai backup untuk bagi anak aku tak terkejut tetiba pindah tempat baru..

masuk bakul tak boleh angkat sendiri

Amacam ganas tak aku bergurau dengan anak aku.. hehehe.. ni kalau mak atau mak mertua aku nampak ni.. mau dia marah aku buat macam ni dekat cucu dia.. hehehe.. asyik tengok dia gelak-gelak je.. sesekali nak tengok juga muka dia macam mana kalau kena nyakat.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. ada ayah yg nak tgk anak nangis yer ... ni ganaz dah tahap gaban nih . nampak meraung si Harraz ...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..