Jom Tukar Duit Raya

8/01/2013 12:12:00 PTG 8 Comments

 

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua,

Kurang dari seminggu lagi kita semua akan menyambut hari raya.. mungkin pada hari rabu atau khamis hadapan.. tunggu jelah pengumuman nanti.. yang pastinya semua orang tengah sebuk buat persiapan untuk sambut hari raya.. dari baju raya, kuih raya, langsir raya, kasut raya, kereta raya dan duit raya..

Sebut pasal duit raya ni.. aku pun baru je lepas tukar.. taklah banyak.. ikut sekadar yang mampu macam dekat bawah ni je.. hehehe..

Duit raya

Sekadar gambar hiasan : kredit pakcik google

Rasanya sekarang ni duit baru dah kurang sikit.. sebab rata-rata member aku yang tukar duit raya semua dapat duit recycle je.. kira duit yang dah di guna lepas tu bank kasi cuci dengan iron sikit kasi keras-keras semula.. hehehe.. bagi aku tak kisah baru atau lama.. janji namanya duit..

Macam mana korang semua dah tukar duit raya.. rasanya minggu-minggu terakhir ni dah kurang orang tukar duit raya rasanya.. lepas tu bank pun kebanyakkan dah mula stop untuk tukar duit raya..

Jom layan lagu raya lain dari yang lain ni dulu.. credit : FB

Esok hari last koje.. lepas tu balik kampunglah raya.. hehehe.. minggu ni nak balik Johor dulu.. sebab tahun ni atas ihsan aku.. aku bawak cik isteri beraya dengan family dia di Penang.. :-).. cuma tahun ni aku tak dapat nak rasa burasak lagi di hari raya pertama.... ganti dengan laksalah pulak..

Aku jenis tak kisah makan apa pun janji aku berhari raya dengan isteri dan anak aku..

** Masih ada rakan-rakan yang tak buat keputusan ke nak balik raya mana tahun ni.. rumah family dikampung atau rumah mertua..

Apa pun sapa-sapa yang dah start nak balik kampung cuti raya tu berhati-hatilah dijalan raya ye.. ingat-ingat orang yang tersayang..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum. sheila tak sempat nak tukar duit rayaaa :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya masih ada lagi kot dekat bank kalau nak tukar.. cari bank2 yang tak popular.. hehehe

      Padam
  2. saya walau pun kg sebelah menyebelah giliran tetap giliran.hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenalah ikut giliran supaya tak susah kemudian harikan

      Padam
  3. duit raya dah tukar . tapi mcm byk sgt lak ... haish . dr johor pi penang ? ... huh , semoga selamat pergi dan kembali ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. duit raya terlebih ye.. bagi kita sikit sini.. hehehe.. seronok kawin dengan org jauh.. dapan jalan-jalan jauh sikit.. hehehe

      Padam
  4. selamat bercuti bro..sy apply sehari sebelum raya,lepas raya sambung cuti seminggu lgi..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat opis pun ni ramai yang cuti hari ni.. sambung sampai 13hb.. cuti sakan semua.. hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..