Isi Borang Penamaan KWSP Secara Online

8/14/2013 01:28:00 PTG 1 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Samada dah lama diaktifkan atau tidak aku tidak pasti sebab kebetulan tadi aku nak semak akaun 1 aku untuk tambah pelaburan unit amanah melalui pengeluaran KWSP.. Jadi sajalah gatalkan tangan ke bahagian PENAMAAN.. memang sebelum ni aku dah letak penama dekat akaun KWSP aku.. sebab mana tahu tetiba satu hari aku dijemput kembali kerahmatullah takdalah waris atau keluarga aku menghadapi masalah untuk menuntut wang KWSP aku yang tak sampai sejuta tu.. hehehe.

Bila aku semak pada bahagian PENAMAAN aku baru perasan telah ditambah dengan butang “Borang Web Penamaan” maknanya kita dah boleh kemaskini penama  dan tambahn penama dekat akaun KWSP kita secara online.. kalau sebelum ni..nak letak penama kena pergi isi borang dekat pejabat KWSP.. tapi sekarang borang boleh diisi secara online dulu lepas tu dah siap isi dicetak dah dihantar ke Pejabat KWSP berdekatan.. kiranya jimatlah masa kita nak menunggu dengan isi borang dipejabat KWSP nanti.

Penama KWSP

** Kalau susah-suah tak tahu nak letak sapa penama.. mai bubuh nama aku je.. hehehe

Penama KWSP 1

Kepada yang belum buat penamaan baik buat penamaan untuk kesenangan waris dan keluarga anda dikemudian hari nanti..

Bukan apa banyak kes-kes dekat luar tu.. yang mana bila si pulan dah meninggal maka berebut-rebut waris sebelah adik beradik nak dapatkan KWSP si mati.. walhal mungkin simati ada anak atau bini.. adik beradik si mati pulak yang lebih-lebih nak duit si mati tu.. sebab tu untuk elakkan dari berlaku pergaduhan kemudian hari baik kita namakan orang yang nak mewarisi harta kita siap-siap.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..