Iftar Terakhir Di Bulan Ramadan 2013

8/07/2013 09:40:00 PTG 0 Comments

Assalamualaikum dan salam lebaran semua,

Alhamdulillah berakhir sudah bulan ramadan tahun ini.. Semoga kita semua dipanjangkan usia dan diberi kesihatan berpanjangan supaya dapat bertemu dengan bulan ramadan di tahun hadapan.



Syukur dapat berkumpul satu keluarga di rumah mertua tadi dengan sama-sama berbuka di hari terakhir bulan ramadan tahun ni..

Kepada kenalan dan rakan-rakan yang mengenali diri ini samada dialam maya atau alam realiti.. Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin andai sepanjang tahun ni ada membuat kesilapan yang di sedari atau tidak disedari..

Di dalam kita menyambut kemeriahan berhari raya tahun ini.. Jangan dilupa saudara mara kita dan sahabat handai kita yang beraya dalam serba kekurangan..

Berhati-hati semua rakan-rakan dijalan raya.. Ingat orang yang tersayang..

posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..