Hadiah Hari Raya | Cosway Hexagon Water Filtration System 2

8/16/2013 11:24:00 PG 9 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari Raya ni orang lain dapat duit raya.. tapi anak aku dapat hadiah raya dari Tok ibu dengan Tok ayah dari kampung.. Kali ni Atuk Harraz hadiahkan penapis air dari Cosway untuk cucunya.. Mungkin juga mak mertua aku kesian kot tengok aku minggu-minggu usung air mineral 10 liter naik tangga.. tu yang dia hadiahkan dengan penapis air baru ni.. hehehe.. Apa pun terima kasih ibu & ayah sebab belikan penapis air buat kami sekeluarga.

Harraz dan Cosway

Model cilik penapis air

Sejak si comel kami ni bertukar minum dengan susu formula aku memang jaga bab air yang digunakan untuk bancuh susu tu.. memang aku tak guna langsung air paip dekat rumah tu.. biarlah aku susah-susah usung air mineral naik tangga dari bagi anak aku minum air yang tak bersih.. bukan apa.. air paip dekat rumah tu guna tangki.. so kalau beberapa hari aku tak guna air paip tu.. nanti warna karat yang akan keluar.. sebab tu aku risau nak bagi dia minum guna air paip tu.. walaupun kena masak sekali.

Air Mineral

Bayangkan setiap minggu beli air mineral botol besar ni.. harga kekadang hampir RM10.. kalau sebulan tak kurang 4 botol besar ni terpaksa aku beli.. kekadang tu sakit juga belakang aku usung air naik rumah.. tapi anak punya pasal abaikan jelah sakit tu..

Hexagon Water Filter 1

Hexagon water filtration system 2 dari Cosway

Kebetulan masa balik cuti raya minggu lepas.. cik isteri ada cakap.. ibu nak belikan penapis air baru untuk letak dekat rumah.. “abg nak tak?” aku cakaplah rezeki jangan ditolak.. hehehe.. cuma kata cik isteri.. aku kena pasang sendiri filter air tu.. aku cakap takpelah nanti boleh cuba ikut manual yang dia bagi..

Ikutkan dah 3 hari penapis tu ada dekat rumah.. tak sempat lagi nak pasang.. tapi bila semalam tengok-tengok bekalan air mineral untuk buat susu harraz dah habis.. aku cakap dengan cik istei.. kita pasang jelah penapis tu.. maka bermulalah episod memasang sendiri penapis air Cosway tu..

Hexagon Water Filter

Mula-mula aku pening nak bubuh dekat mana penapis tu.. sebab ruang dapur aku ni taklah besar macam ruang dapur rumah banglow korang.. hehehe..

Hexagon Water Filter 2

Macam biasa bila dah buka kotak tu.. adalah buku manual, getah salur air dan penapis air yang dibekalkan

Hexagon Water Filter 3

Inilah rupa struktur penapis air Hexagon water filtration system 2 dari cosway.. terdapat 3 katrij dalam box tu.. yang pertama tu penapis dari seramik.. penapis no.1 tu boleh cuci kalau dah kotor.. semua karat-karat akan melekat dekat situ.. kalau dah cukup setahun dah boleh tukar yang lain.. beli dekat kedai cosway je dengan harga kurang dari RM100..  penapis no. 3 dan 2 tu tak pasti apa dalamnya.. cuma kata jurujual tu kalau dah cukup setahun boleh ganti juga.. harga pun lebih kurang macam penapis no.1

Hexagon Water Filter 4

Di belakang cover penutup box filter tu pun ada diterangkan macam mana cara nak buka penapis no.1 tu dan macam mana cara nak cuci.. follow step je..

Hexagon Water Filter 5

Korang perasan tak sambungan warna biru dekat tepi box filter tu.. dekat situlah saluran air dimasukkan guna getah yang dibekalkan tadi.. cucuk kabel dekat situ je.. dari apa yang aku buat.. bila dah cucuk dalam tu.. getah kabel tu dah tak boleh nak keluar.. seolah-olah macam dah kena lock.. mungkin ada caranya kot nak keluarkan tapi atau tak study lagi pasal tu

Hexagon Water Filter 6

Semua alatan pembuka katrij dan kepala paip dibekalkan.. part ni yang aku pening sikit nak buat walaupun ada manual.. maklum jelah bidang terjun.. hehehe

Hexagon Water Filter 7

apa benda ni.. yang ni bukan titis dekat mata ye.. jangan cuba buat.. sat lagi buta aku tak bertanggungjawab beb.. yang botol warna oren tu adalah cecair untuk uji kandungan PH dalam air paip kita.. yang jernih tu untuk uji kandungan klorin dalam air paip kita.. kalau korang tengok hasilnya mesti korang tak mau minum air paip dekat rumah korang tu,

Hexagon Water Filter 8

macam mana nak uji.. korang ikut je manual yang dibagi tu..

Hexagon Water Filter 9

ujian pertama dibuat keatas air yang keluar dari paip tanpa melalui penapis air.. jom kita uji dengan memasukkan 2 ke 3 titik kedalam cawan yang telah disediakan.. dan hasilnya… jeng-jeng..

Hexagon Water Filter 10

Hasil ujian menunjukkan air paip dekat rumah aku memang mengandungi sedikit asid (cawan sebelah kiri) dan cawan sebelah kanan yang warna oren tu.. adalah ujian klorin.. kalau air yang ada klorin macam tulah warnanya bila dah masuk dalam perut korang… emmmm yakkkk.. macam manalah kita semua tak sakit..kalau hari-hari mimun air yang ada klorin ni..

Jadi penyelesaiannya kenalah pasang penapis air supaya kandungan air yang kita minum tu betul-betul telah bersih.

Hexagon Water Filter 11

Langkah pertama aku adalah menukar kepala paip aku kepada yang baru dari Hexagon tu..

Hexagon Water Filter 12

Kasi pusing je kepala paip tu .. dah tanggal…

Hexagon Water Filter 13

so jadilah macam ni.. bersedia untuk pasang kepala baru untuk penapis air tu..

Hexagon Water Filter 14

bab nak pasang kepala yang ada laluan air ke salur penapis tu yang aku ambil masa hampir sejam untuk skru dekat pili paip aku.. bukan apa.. getah yang dibekalkan kurang sesuai dengan kepala paip aku .. so terpaksalah aku guna getah lapik dari kepala paip yang lama baru boleh.. kalau tak.. memang air akan bocor dekat kepala yang aku pasang tu.. bab nak pasang ni .. memang mencabar sikit.. yang lain tu senang je.. mula-mula dah nak putus asa.. sebab ingatkan tak boleh pasang dekat rumah.. alhamdulillah akhirnya berjaya juga..

Hexagon Water Filter 15

setelah berjaya terus sambungkan semua kabel salur air tu ke paip dah box penapis tu.. menurut buku manual.. kalau baru pasang kena biarkan selama 20 minit air tu mengalir keluar.. sebab dia nak cuci dulu filter dalam tu.. lepas 20 minit air dah jernih dah boleh terus guna untuk minum atau buat cuci..

Hexagon Water Filter 16

Tak sampai 30 minit lepas aku guna filter tu.. penapis no.1 dah bertukar warna karat.. memang kotor betul air paip yang dibekalkan dekat rumah aku ni..

Hexagon Water Filter 17

kalau kotor macam nilah filter no.1 tu.. jawabnya satu minggu sekali kena cucilah batu seramik tu untuk jaga jangka hayat dia..

Hexagon Water Filter 18

Setelah siap semua pemasangan dan air telah boleh diminum.. aku uji sekali lagi kadar PH air tu.. antara air dari filter dengan air dari paip tanpa filter.. hasilnya sangat berbeza.. yang mana air filter menunjukkan PH yang tinggi (gelas air warna biru) dan yang tiada filter tadi air menunjukkan sedikit kuning yang menandakan ada asid dalam air tu..

Hexagon Water Filter 19

Begitu juga ujian klorin aku buat sekali lagi.. yang mana air dari filter Hexagon tu jernih sahaja walaupun telah dimasukkan dengan cecair penguji tadi.. berbeza dengan air paip tanpa filter.. bila dititikkan cecair ujian klorin dalam cawan.. air terus bertukar warna menjadi seakan-akan oren..

Apa pun terima kasih aku ucapkan kepada mertua aku sebab hadiahkan penapis air ni buat kami sekeluarga.. mesti ada yang tanya berapa harga penapis Hexagon ni.. untuk promosi hari tu ibu mertua aku beli dekat kedai Cosway dalam harga RM7xx.xx sahaja.. kalau ikutkan harga asalnya adalah RM15xx.xx kalau tidak silap.. kiranya kami dapat dalam separuh hargalah..

Cadangan aku kepada rakan-rakan yang menggunakan sumber minuman dari air paip ni.. ada baiknya korang pasanglah filter dekat rumah tu.. untuk dapatkan sumber minuman air bersih untuk keluarga..

Tak semestinya korang beli dari jenama Cosway ni.. ikut kemampuan koranglah.. banyak jenis filter yang ada dijual dekat luar tu.. pilih je ikut kemampuan kocek korang.. nak lagi senang beli sekali yang ada pemanas.. so tak payah nak masak air lagi.. Smile

** Korang ada guna filter air tak dekat rumah.. jenama apa yang korang guna dan macam mana harga untuk kos maintenance tu.. boleh kongsi dekat ruangan komen dekat bawah ni ye..

** Elakkan dari memburuk-burukkan jenama penapis yang lain.. sebab setiap penapis air ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Smile

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. fui yoooo..tahniah..beznye dah ade penapis air
    penapis air ni mmg bende yg penting..especially ia membabitkan minuman kita
    hadiah yg sgt bermakna di hari ry

    jemput baca & komen entry yumida ni vitrd:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang penting sebab kualiti air yg dibekalkan dari paip umah tak bersih

      Padam
  2. info yg bgs dan jalan cerita yg teratur.
    kalau boleh banyakan lg entry yg mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih tn..insyaallah boleh diperbanyakkan entri sebegini nanti

      Padam
  3. tahniah dapat hadiah filter air hari raya. tempat bro ni dah kira wajib pasang penapis air, cepat sangat kotornya.

    BalasPadam
  4. Zam nak ajak semua blogger untuk singgah di entri ini dan tinggalkan komen buat si blogger baru yang Zam maksudkan itu, boleh?

    & Kepada seorang blogger bertuah yg memberikan komen, Zam akan berikan hadiah misteri sbgai tanda penghargaan~

    Jadi jom hit pautan di bawah ini

    http://bit.ly/1eLBneX

    BalasPadam
  5. Dah boleh jadi dealer water filter dah nie bro... sempoi laaa

    BalasPadam
  6. amboi panjang lebar ek..leh jual pasni yer

    BalasPadam
  7. betullah . rezeki jgn ditolak ...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..