Beraya Dengan Celcom PortaWiFi Selamat Tinggal Maxis

8/06/2013 11:40:00 PTG 2 Comments

Assalamualaikum dan salam ramadan semua.

Nampak gayanya tahun ni aku beraya dengan Celcom PortaWiFi.. Baru je aku langgan tadi masa ontheway balik ke kampung mertua aku.




Bayar RM150 dapatlah device portable WiFi, car usb charger dengan plug 3 pin usb charger.. So kalau dalam kereta aku bolehlah online guna car usb charger tu.. Kalau dekat rumah boleh guna plug 3 pin yang dibekalkan.

Bukan tu sahaja.. Dalam satu masa 5 device boleh connect melalui PortaWiFi tu..

Keputusan melanggan service broadband dari celcom adalah disebabkan oleh perkhidmatan maxis broadband yang sangat-sangat kurang memuaskan di kawasan rumah aku.

Insyaallah lepas aku balik cuti raya nanti aku akan terminate service maxis broadband yang aku dah guna lebih dari 3 tahun tu..

Bagi aku mana yang bagi service bagus itu yang aku pilih..

Sepanjang perjalan pulang melalui lebuhraya utara selatan arah utara.. PortaWiFi telah digunakan didalam kereta.. Ternyata isteri tersenyum melayari internet tanpa sebarang masalah coverage..

posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Di kawasan rumah saya pula maxis yang paling ok..

    BalasPadam
  2. Aku biasa tethered wifi dari phone je masa travel. Kalau ada family, diorang-diorang sekali join agak sedih juga lah tengok bandwith diguna. huhu

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..