Rezeki Iklan CPUV Dari Nuffnang

7/02/2013 10:29:00 PG , 5 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Maaf buat pembaca blog ni semua kerana aku tidak sempat nak mengemaskini blog ni dalam 3-4 hari yang lepas ekoran aku balik bercuti ke kampung di Johor. Sepanjang dekat kampung tu memang aku takda access langsung internet.. almaklum jelah broadband maxis ni dekat kampung aku.. ibarat orang bagi percuma pun aku tak nak.. sebab line untuk internet memang takda.

Semalam pun aku masih bercuti dan petang semalam baru je sampai dari Johor.. sampai umah pun tak larat nak tengok internet juga sebab masih penat drive.. pagi ni sampai-sampai je opis terus buka benda yang patut-patut paling penting check emaillah.. kot-kot ada email penting ke..

Paling tidak aku lupa mestilah aku nak tengok akaun nuffnang aku yang semakin lama semakin menyepi dari iklan sekarang ni.. sepi dari iklan pun blog aku kalau aku free masih diupdate lagi walaupun takda iklan.. :-)

CPUV Bulan Julai 2013

“Setelah 3 bulan sepi dari iklan akhirnya muncul satu iklan diawal bulan”

Tapi pagi ni lain sikit bila aku buka akaun nuffang bahagian earning tu terus aku nampak satu iklan baru dari SPR.. alhamdullilah masih  ada juga yang sudi letakkan iklan dalam blog yang semakin merundum ni.. terima kasih kepada nuffnang & SPR sebab pilih blog ni sebagai salah satu platform untuk promosikan kempen iklan.

Walaupun bahang pilihan raya umum ke-13 telah berakhir.. tidak bermakna pihak SPR akan berhenti dari membuat kempen daftar mengundi.. bagi yang telah mencapai umur 21 tahun  dan cukup syarat-syarat pihak SPR menyarankan agar segera membuat pendaftaran mengundi bagi membolehkan anda layak untuk mengundi pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil pada masa akan datang..

Jom Dartar mengundi

JIka semua syarat-syarat diatas ada pada diri anda.. terus pergi daftar sebagai pemilih.. maklumat lanjut boleh layari laman web SPR.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. mungkin sebab ada pilihan raya kecil pulak nanti kan :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... Untungnya dapat campaign daripada Nuffnang. Harap-harap lepas ni saya pun boleh dapat yang sama. :)

    BalasPadam
  3. tahniah, rezeki sambut ramadhan. bagi yang baru cukup umur untuk mendaftar, elok buat awal2 atau sekarang.

    BalasPadam
  4. Tahniah.rezeki sambut Ramadhan

    BalasPadam
  5. rezeki tu.. hihi
    done follow here..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..