Penyakit Scoliosis Buatkan Hidup Tidak Selesa

7/05/2013 11:24:00 PG , 6 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Semoga di penghulu segala hari, hari Jumaat ini anda semua semakin sihat dan ceria bersama keluarga.. walaupun aku sendiri nampak dari luar macam gembira dan sihat.. tapi dalaman sebenarnya kurang sikit.. mungkin ujian dari Allah agaknya.. terima jelah dengan hati yang terbuka..

Hujung minggu lepas aku ada balik ke kampung untuk majlis kawin adik lelaki aku.. dalam pada masa cuti 2 hari tu ada aku bertanya dengan mak aku.. samada  aku pernah terjatuh masa kecik atau tidak.. bukan apa sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan aku mendapat sakit tulang belakang bengkok atau bahasa sainsnya SCOLIOSIS..

Scoliosis_Tulang_Belakang_Bengkok

Yelah mana tidaknya dalam usia 30an baru aku perasan yang tulang belakang aku bengkok.. itu pun lepas aku buat rawatan dan Xray dekat KPJ Damansara..

Banyak info yang aku baca dekat internet yang menyatakan kalau tidak dirawat penyakit tulang belakang bengkok ni ianya boleh membawa kepada lumpuh dan boleh membawa maut.. huhu.. 

Sebenarnya aku dah stop buat rawatan physiotherapy dekat KPJ tu.. antara alasannya.. kos yang agak mahal.. dan physio tu sekarang aku buat sendiri dekat rumah..

Cuma dalam seminggu dua ni.. aku rasa ada yang tidak kena dengan tulang belakang aku.. sebab kalau sebelum ni.. hanya sakit pada bahagian tulang punggung hingga ke kaki sebelah kiri.. tapi sekarang ada tanda-tanda sakit tu berpindah ke punggung dan kekaki sebelah kanan pulak.. Kaki kiri pun dah mula terasa kebas bila berdiri lama..

Walaupun kekadang tu terasa sangat sakit.. tapi aku taklah merengek macam budak-budak kecik.. kalau boleh aku tahan.. aku tahanlahkan.. aku tak naklah cik isteri risau..

Mak ada cakap masa dekat kampung dulu.. yang aku rupanya pernah jatuh dari tangga rumah setinggi 10 kaki masa aku kecik.. aku tak ingat bila kejadian tu.. cuma mak cakap masa tu tangan aku je terseliuh.. yang aku ingat masa tahun 2002 atau 2003 aku pernah juga jatuh motor berguling-guling atas jalan raya sebab langgar bangkai anjing.. tak pastilah punca kejadian tu ke yang menyebabkan aku kena penyakit tulang belakang bengkok.

Andainya kalau aku dah kena sejak dari lahir.. pastinya keadaan makin teruk sekarang.. sebab ada yang aku baca di internet bila umurnya meningkat di usia 20an ada yang dah semakin bongkok dan badan senget sehingga ada yang tidak boleh berjalan langsung..

Tapi dalam kes aku alhamdulillah masih ok lagi.. cuma baru sekarang aku terasa sedikit sakitnya..

Sebenarnya aku sangat sedih.. bila banyak perkara yang aku tak boleh nak buat sekarang lagi-lagi melibatkan benda yang perlu diangkat.. balik kampung pun family aku tak bagi nak angkat barang-barang berat.. kekadang aku rasanya macam aku ni dah ada kekurangan dalam diri.. memang betullah kata sumber-sumber yang aku baca.. orang yang menghidap penyakit tulang belakang bengkok ni akan merasa rendah diri dan murung.. huhu..

Doa-doakan aku semoga aku cepat sembut dari penyakit ni.. insyallah dalam masa terdekat ni.. aku nak jumpa balik doktor yang rawat aku dekat KPJ tu untuk buat imbasan MRI bagi tentukan keseriusan sakit belakang aku ni..

Sebaiknya aku nak elakkan dari membuat pembedahan untuk membetulkan keadaan tulang belakang yang bengkok tu… banyak risiko yang perlu difikirkan sebelum buat pembedahan ni..

Walaupun apa pun hidup mesti diteruskan.. dan urusan harian perlu dilakukan..  setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali.. mati..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. moga tabah hadapi ujian dari Nya :)

    BalasPadam
  2. Jangan rendah diri bro.. ini semua dugaan..
    Allah sekadar uji hambanya..

    kawan2 sentiasa menyokong bro dari blkg..

    BalasPadam
  3. semuga cepat sembuh yer...jangan rasa rendah diri..setiap penyakit ada ubatnya..insyallah

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang sempurna....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..