Man Cendol Plus Simpang Renggam Johor

7/03/2013 10:46:00 PTG , 6 Comments


Andai korang datang berkunjung ke daerah Simpang Renggam, Johor singgahlah sebentar di warung kedai cendol  Man Cendol Plus berhampiran dengan exit tol Simpang Renggam.. kedai cendol ni berada ditepi jalan sahaja jalan menuju ke pekan Benut.. kira-kira 1km  sahaja selepas anda membayar tol di tol Simpang Renggam.


Semasa aku dengan family pulang ke kampung hari sabtu lepas sempat aku singgah ke warung Man Cendol Plus.. kedai ni menjual pelbagai jenis cendol.. nak custom cendol pun boleh.. pilih je apa yang nak ditambah dalam cendol tu..


Sangat kagum dengan tokey cendol ni.. walaupun kalau korang perasan yang jual cendol ni kurang upaya.. tapi beliau sangat rajin dan semua dibuat dengan sebelah tangan sahaja.. kalau kita yang cukup sifat ni masih malas nak kerja tak tahulah nak cakap apa..


Nilah cendol pertama yang aku order dengan cik malarang.. cendol pulut + kacang + jagung berharga RM2.50


bila cuaca panas layan cendol ni.. memang terbaik.. tengah-tengah buat entri ni terliur aku kejab.. hahaha


Harraz pun tak melepaskan peluang mencuba Man Cendol Plus ni...


Yang ni cik malarang dengan aku kongsi.. rojak tauhu RM2.50 juga...


Jangan marah ye.. yang ni cendol ke-2 aku.. hahaha cendol kacang + cincau + buah kabung RM2.50 juga.. 

Pendek kata kalau korang lalu di tepi kedai Man Cendol Plus ni dan korang tak singgah memang sangatlah ruginya.. hehehe.. kata orang.. sekali rasa pasti nak lagi.. kalau tak sedap mana mungkin sampai 2 mangkuk aku belasah.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. sedap nya mid...lama sgt dah x lalu jalan benut tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap bro.. dekat dengan sekolah menengah baru tu.. lepas restoran Jumaat

      Padam
  2. Balasan
    1. memang banyak bro.. jenuh nak pilih... hehehe

      Padam
  3. Mid
    dengan aku terliur dah ni wey

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. sapa suruh masa gi kluang ari tu hang tak singgah.. hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..