Gagal Berbuka Puasa Di Rumah Puasa Pertama

7/10/2013 10:48:00 PTG 4 Comments

Assalamualaikum dan salam ramadan semua...

Pada awalnya aku ingatkan dah balik awal 4.30 petang bolehlah aku santai-santai berbuka dekat rumah bersama cik isteri dan anak.. Tapi semuanya gagal gara-gara jem teruk masa aku ontheway balik melalui lebuhraya NKVE..



Sampai-sampai area rumah dah 7.15 lagi 15 minit nak buka.. Memang tak sempatlah nak singgah beli juadah dekat bazar.. Walaupun sebelah rumah je... Harraz pulak masa tu tak ambil lagi... Aku terus cakap dengan cik isteri.. Takpelah.. Lepas ambil harraz kita terus berbuka dekat kedai jelah..



Nak tak nak lokasi berbuka puasa aku sekeluarga hari ni.. Adalah dikedai mamak sahaja... Takpelah janji dapat berbuka juga.. Bukan berbuka dalam kereta macam tahun sebelumnya..

Esok punya nasib tak tahu lagi.. Berjaya berbuka dirumah atau tidak..

posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. mamak pun mamak je laaah... lepas ni standby kurma dengan air sikit bro.. hari biasa macam tak sempat masak je nampaknya tu,.,

    BalasPadam
  2. tak pa bro. asalkan dapat berbuka dengan famili dah bagus tu..
    gagal hari ni tak bermakna gagal selamanya...heh.. :)

    BalasPadam
  3. kalau naik kereta mmg kena stanby apa2 kalau x sempat sampai kan. :)
    cabaran berpuasa tu...
    selamat berpuasa bro

    BalasPadam
  4. Masa bekerja di KL, memang takde peluang nak berbuka di rumah sewa bersama kawan2 disebabkan jam di jalanraya. Sebab tu memang standby makanan & air untuk berbuka dalam kereta. Alhamdulillah..sejak bekerja di kampung memang dapat berbuka di rumah..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..