Dulu ING Medical Card Kini Takaful Malaysia Medical Card

7/03/2013 04:40:00 PTG , 0 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah setelah hampir sebulan takda medical card sekarang baru dapat medical card yang baru untuk rawatan dekat hospital swasta.. medical card ni adalah coverage yang dibayar oleh company aku bekerja.

Sebenarnya kalau medical card ni takda pun masih boleh buat rawatan dekat hospital swasta dengan tunjuk IC dan beritahu insurans apa yang kita guna.. tapi nampak macam leceh sikit.. kalau ada medical kad ni tunjuk je yang lain semua company tanggung.

ING_Medical_Card

Yang ni dah tak pakai lagi.. medical card dari ING insurans yang kini dikenali sebagai AIA Insurans

Takaful_Malaysia_Medical_Card

Nilah medical kad yang baru aku terima tadi dari Takaful Malaysia.. lepas ni senang sikitlah kalau nak buat rawatan dekat hospital

Walaupun aku ada personal insurans + medical card sendiri tapi aku lagi suka guna company punya.. yelah bila lagi kita nak dapat manfaat dari syarikatkan.. yang personal tu boleh guna kalau dah ada kecemasan nanti..

Cuma sedikit kekurang untuk medical card ni kerana hanya staff sahaja yang ditanggung.. anak dan isteri tidak ditanggung kecuali rawatan dekat klinik panel.. kalau nak isteri dan anak ditanggung kena bayar caruman sedikit pada setiap bulan..

Tapi buat masa ni aku tak buat caruman tambahan untuk isteri dengan anak.. sebab company cik istrei dah tanggung untuk beliau dan anak untuk klinik panel dan hospital.. syukurlah juga sebab company isteri tanggung untuk diri beliau dan anak. kalau tak susah juga aku.. kena belikan insurans asik pulak..

* Bila dah sakit-sakit baru je terasa sangatlah penting insurans + medical ni..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..