Ada Rezeki Tahun 2047 Baru dapat Tunai Haji

7/09/2013 03:50:00 PTG 3 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Daftar Haji

Kebetulan semalam dan hari ni ada kauter Lembaga Tabung Haji dibuka dekat opis aku.. jadi aku pergilah semak samada pendaftaran haji aku tahun lepas dah dibuka atau belum..

Bukan apa.. tahun lepas ada juga Lembaga Tabung Haji buka kaunter pendaftaran dekat opis.. jadi masa tu aku ambil kesempatan buka buku akaun Tabung Haji untuk kami bertiga sekeluarga..

Aku dengan cik isteri daftar sekali untuk pergi tunaikan Haji guna penyata akaun KWSP… tapi masa tu dia takda bagi aku salinan bukti yang aku dah daftar ke belum..

So aku terus semak dekat kaunter dekat opis tadi yang permohonan aku sebelum ni dah wujud atau tidak.. sekali di check alhamdulillah aku dengan cik malarang dah ada akaun untuk tunaikan haji.. kalau ikutkan tarikh yang di peruntukkan tu aku dengan cik isteri insyaallah akan sampai giliran pada tahun 2047.. masa tu usia aku dah 60 tahun lebih.. hehehe

Takpelah tak kisah bila peruntukkan masa tu.. yang penting dah buka akuan.. lepas ni nak bukakan akaun untuk Harraz pulak.. sebab kalau takda akaun KWSP kena ada duit dalam akaun sekurang-kurangnya RM1300 baru boleh buka akaun nak pergi Haji.

** Yang penting niat dah ada nak gi tunaikan Haji.. tinggal usaha nak kearah tu je.. doa-doalah ye kami sekeluarga panjang umur dan dapat tunaikan haji nanti.. amin..

** Sebelum terlupa esok kita akan mula berpuasa dan malam ni akan mula solat sunat tarawih.. kami sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang akan berpuasa pada esok hari.. semoga sepanjang bulan ramadan ni di tambahkan amal ibadah kita semua dan sentiasa belajar bersabar..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah dan tahniah bro dan isteri dah mendaftar haji. semoga dipermudahkan dan dicepatkan nanti, kalau ikut giliran lagi 34 tahun yer.

    BalasPadam
  2. salam ramadan
    syukur alhamdulliah
    akak tahun 2022..hermm tak lama lagi..dlm 60 tahun gak aa..aduhai

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..