Promosi Anmum Essential RM75.99 Di Tesco

6/21/2013 10:34:00 PTG , , 0 Comments

Alhamdulillah kebetulan dah gaji hari ni... Dan kebetulan juga Tesco ada buat offer seminggu sampai 26hb Jun.. Terus ajak cik isteri lepas balik keje ke Tesco Kepong.



Seperti yang dijangka susu yang Harraz tengah minum sekarang dari jenama Anmum memang ada offer.. RM75.99 untuk yang dalam tin berat 1.6kg.. Kalau harga normal RM85.90... So jimatlah RM10 untuk satu tin.. dan kalau beli 2 tin dapat pulak Voucer RM8..





Murah punya pasal terus ambil 2 tin.. Simpan untuk stok akan datang.. Kalau-kalau terdesak hujung bulan ada juga stok susu untuk Harraz minum nanti.

Cuma ada sedikit kecewa tadi masa beli barang lain dekat tesco bila tanda harga dekat rak tidak sama dengan bil bayaran.. Bila aku complain dekat customer service dia orang label dekat rak tak betul..

Sebagai pelanggan aku sangat terkilanlah sebab seolah-olah macam kena tipu.. Harga tu bukan berbeza sikit tapi harga yang dicharge 2 kali ganda dekat label rak.. Sebelum tu ada juga cuba scan barcode tu dekat mesin pengimbas tepi dinding.. Tapi semua pengimbas tak boleh detect harga tu.. Pelik bukan.

So aku malas nak bertekak.. Aku cakap dengan cik malarang.. Takpelah next time kita hati2lah dengan tanda harga offer dekat rak tu... Banyak harga yang dia orang label kekadang tak betul..

Selamat harga susu anmum tu betul.. Kalau tak sorang-sorang casher dekat situ aku bagi minum susu anmum... He3

posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..