Pengalaman Membeli Hosting Dengan SALEIZ WEBHOSTING

6/16/2013 02:47:00 PTG , 9 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Setelah beberapa bulan aku buat survey melalui pembacaan di internet.. tanya kawan-kawan akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk melanggan satu domain dan hosting baru dari pemilik blog eizil network untuk perniagaan online cik isteri.

Disebabkan ini kali pertama aku melanggan hosting nampak macam pening-pening sikit.. sebab lepas beli hosting tu apa langkah seterusnya aku nak buat.. selamatlah sekarang ni banyak maklumat telah diblogkan didalam internet.. so google jelah apa yang kita tak tahu.

 

WebHosting Murah

DAPATKAN DOMAIN & HOSTING MURAH DI SALEIZ WEBHOSTING

Tarikh 28hb Mei 2013 menjadi sejarah bagi aku sebab itulah tarikh buat pertama kalinya aku membeli domain dan hosting sendiri dengan tanpa sebarang ilmu hosting di dada.. jadi aku buat semua dengan try end error je.. selamatlah lepas aku beli hosting tu tak putus-putus pihak eizil network bagi bantuan.. bab services after sales tulah yang aku suka..

Tak lama lepas aku order hosting tu aku terus dapat mesej dari rakan blogger aku.. shakiddo dia kata.. “ada order hosting baru eh”.. aik pelik juga aku.. macam mana dia tahukan.. sekali aku tanya.. rupanya dia dah kerja dengan Eizil Network.. hehehe.. aku yang tak update info rupanya. Jadi kalau korang ada perancangan nak buat blog dengan berhosting sendiri.. bolehlah korang tanya-tanya dengan shakiddo tu atau terus tanya dengan Eizil.

Pada awalnya aku ingatkan lepas siap je aku order domain dan hosting tu dah boleh terus setup website baru cik isteri tu.. rupanya adalah beberapa perkara melibatkan installation script yang perlu di buat dahulu bagi membolehkan website tu setup dengan sempurna..

Alhamdulillah semua bantuan teknikal dari installation script semua dibantu 100% oleh pihak Eizil.. yang sememangnya dah pakar dalam bab-bab coding dan bahasa HTML/PHP ni.. bila ada je masalah time aku setup website tu aku terus email dia.. dan tak lama terus dia reply dan guide apa yang perlu aku buat..

Setelah 3 hari dari tarikh aku beli hosting tu.. akhirnya aku berjaya upkan sepenuhnya website baru cik isteri yang berdomainkan harrazcollections.com atas bantuan dari eizil network .

Untuk sedikit info hosting yang aku beli dari Eizil network adalah dari pakej “BRONZE” yang berharga RM80 setahun dan domain dot com yang berharga RM35 setahun.. 

 

Harraz collections dot com

harrazcollections.com merupakan website ecommerce yang menggunakan hosting dari SALEIZ

Ada orang cakap kalau nak maju dari perniagaan jangan takut keluarkan modal sedikit untuk penjenamaan perniagaan tu.. so diharapkan dengan adanya web ecommerce untuk perniagaan online cik isteri ni.. dapat merancakkan lagi perniagaan beliau yang sebelum ni hanya menggunakan platform facebook page sahaja.

** Nak wat promosi sikit ni..hehehe.. kalau-kalau anda tercari-cari jubah untuk digayakan pada hari raya nanti.. jangan lupa berkunjung ke website baru kami di harrazcollections.com … promosi untuk sepanjang tahun ini kami tawarkan kupon bernilai RM10 untuk pelanggan baru yang berdaftar dengan website kami.**

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. memang terbaiklah eizil network. semoga terus sukses bisnis bro dan isteri dengan harrazcollections.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tn.. insyallah lepas ni macam nak belikan hosting untuk blog ni pulak dengan Eizil.. :-)

      Padam
  2. boleh saya tau siapa yg setupkan/setting web ecommerce bro? smart la. kalau saya perlukan khidmat tu berapa ye kos?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setup sendiri lepas beli domain dengan hosting dekat Eizil... saya guna perisian Opencart yang dah ada dalam hosting tu.. lain-lain configurasi sya follow google tn.. kalau nak minta tolong saya boleh guidekan.. sbb masih dalam proses belajar nak kendalikan web ecommerce guna engine Opencart ni.. hehehe

      Padam
    2. Macam menarik, nanti saya roger bro.

      Padam
  3. not bad. thanks untuk informasi nih ^_^

    BalasPadam
  4. Lepas nie apa2x hal boleh terus roger team diorang je kan.....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..