Pengajaran Buat Pemilik Laman Web Sesawang Download Yang Masih Aktif

6/19/2013 10:15:00 PG , 3 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pagi tadi tengah drive nak pergi kerja dalam keadaan jalan yang sangat jem teruk dekat jalan Kepong tetiba cik isteri mesej aku.. “abg pemilik laman web jiwang.org kena tangkap”.. aku cakap “ok takpe nanti sampai opis abg check”.

Jadi sampai  opis terus aku google.. sebelum tu aku cuba masuk juga dalam laman web jiwang.org tu.. masih boleh access lagi.. mungkin sikit masa lagi akan kena sekat kot oleh pihak SKMM.

jiwang dot org ditangkap

Biasanya kalau berita panas ni aku tak baca dalam blog dulu.. so aku akan cari dalam laman web BERNAMA.. sekali tengok memang ada cerita dalam tu.. dari apa yang dilaporkan dalam berita online tu.. pemilik laman web muat turun tu telah ditangkap beberapa hari yang lepas dikediamannya oleh Penguatkuasa KPDNKK. menurut berita tu lagi pemilik tersebut telah dibebaskan atas jaminan polis dan akan didakwa dimahkamah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut portal berita tu lagi KPDNKK sedang menyiasat sekurang-kurangnya 32 laman sesawang yang menawarkan muat turun dan muat naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.

Berita lanjut korang boleh baca di portal BERNAMA DOT COM

Seram juga dengar hukuman tu.. harap-harap lepas ni, kes ni akan menjadi pengajaran pada diri aku sendiri dan juga rakan-rakan yang menjadi pemilik laman sesawang download percuma ni.

Selamat aku dah lama bertaubat.. :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. Gile la takut aku dibuatnya..

    BalasPadam
  2. jangan jadi giler laaa CLP.. hehehee

    BalasPadam
  3. Kalau ada pautan haram eloklah dibuang.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..