Melawat Ladang Anggur Tasik Beris Sik Kedah

6/10/2013 02:10:00 PTG , , 7 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila dah lama tak menulis.. perasaan nak menulis semula ni dah jadi semakin malas.. tapi dek kenangkan blog kesayangan aku ni supaya tidak terus bersawang.. ada baiknya aku kongsikan sedikit gambar dan cerita masa aku hantar adik lelaki aku kawin dengan orang kota Aur, Sik Kedah.

Majlis kawin sik kedah

Nak mula dari mana ni? Oklah kita mula dari tempat penginapan aku di Rumah Rehat Tasik Beris.

Rombongan family aku dari Johor dah sampai awal ke rumah rehat yang telah ditempah oleh keluarga pengantin perempuan.. manakala rombongan aku bersama keluarga mertua aku dari Penang bergerak lewat sedikit.. almaklum jelah dari Penang nak ke Sik tu tak lah jauh dalam 2 jam je jika dibandingkan dari johor.. (2 jam tu tak jauh ye.. hehehe).

Sebelum kita orang bergerak ke Sik ni.. memang aku dah buat survey dulu.. apa yang menarik dekat Sik ni.. sekali aku tengok antara tempat yang jadi tarikan pengunjung ke Sik adalah ladang anggur yang terletak di Tasik Beris.

Ladang Anggur 1

credit foto dari website Ladang Anggur Tasik Beris

Lebih kurang jam 4.00 aku sampailah dekat kawasan rumah rehat Tasik Beris yang mana family aku dari Johor menginap dekat sini.. aku terus jumpa dengan penjaga kawasan rumah rehat tu dan ambil kunci-kunci bilik untuk family aku dari Penang.

 rumah rehat tasik beris 1

Rombongan family aku dari Penang.. family dari Johor semua tak kelihatan mungkin dalam bilik keletihan agaknya.. mana tidaknya 12 jam perjalanan duduk dalam bus je. Dekat bangunan nilah family aku dari Johor menginap selama 1 malam.

rumah rehat tasik beris 2

Family aku dari Penang menginap dekat bangunan asing.. korang nampak rumah warna kuning dekat tepi tasik tu.. dekat situlah kami bermalam.. view dari atas bukit memang cantik tasik ni.. tetapi jangan tak tahu tasik ni ada ceritanya tersendiri.. korang boleh baca sejarah Tasik Beris..

Menurut sejarah.. tasik ni adalah tasik buatan dan kalau menurut ceritanya masa tasik ni dibuat banyak kubur telah dipindahkan dari tasik ni.. seram juga.. selamat aku dah lepas menginap baru aku tahu cerita tu.. hehehe

rumah rehat tasik beris 3

Kawasan Tasik Beris ni dikelilingi oleh bukit bukau.. kalau kaki pancing korang yang menginap dekat rumah rehat ni dibenarkan  mancing dekat kawasan tasik ni.. tapi kalau orang luar kena minta kebenaran dulu dengan penjaga kawasan ni.

rumah rehat tasik beris 4

Bilik satu katil untuk family kalau bawa anak ramai kena siap-siap bawa toto.. hehehe

rumah rehat tasik beris 5

Nilah view bilik penginapan kami.. bilik ni ada sekali penghawa dingin.. bilik yang lain takda cuma ada kipas je.. kalau nak sewa kadar bilik yang ada aircond RM80 yang ada kipas je RM60 satu malam.

Habis je kami kemas-kemas barang dalam bilik terus siap-siap ke Ladang Anggur Tasik Beris.. Ladang Anggur ni memang tak jauhlah dari penginapan kami lebih kurang dalam 4KM perjalanan.. sebab rasanya macam sekejab sangat je dah sampai dekat ladang anggur tu.. hehehe..

Ladang Anggur 1

Sekali lagi aku pinjam foto dari laman web ladang anggur.. aku pun boleh lupa nak ambil gambar dekat sini.. sebab masa aku sampai tu aku masuk ikut pintu belakang yang dekat dengan tasik beris.

 

Ladang Anggur Tasik Beris 1

Pemandang dari luar ladang anggur ni.. punyalah excited nak tengok macam mana anggur ni ditanam.. sebab yang aku tahu anggur ni hidup dekat negara yang suhunya sejuk.. boleh ke anggur hidup dekat cuaca negara kita ni? jawapannya nanti kita tengok ye.. hehehe

 

Anggur Tasik Beris 2

Dekat ladang ni macam biasalah ada sales Gallery.. mulanya ingat nak masuk tengok anggur free.. rupanya kena bayar.. okalah janji nak tengok anggur.. bayar jelah kan.. masa aku sampai tu ramai pulak pasangan pengantin tengah buat photo shot dekat kawasan ladang anggur dan tepi tasik tu..

Anggur Tasik Beris 3

Pandangan dari luar lagi.. rupanya anggur ni ditanam dalam rumah yang dipagar.. so kalau hujan memang anggur ni tak kena air hujan.. dalam bilik ni ada aircond ke? hehehe.. nanti kita tahu jawapannya.. hehehe

Anggur Tasik Beris 3-1

Nilah bangunan tempat korang nak beli cenderahati dan tiket untuk masuk ke ladang anggur.

Anggur Tasik Beris

Selamat Datang ke Ladang Anggur Tasik Beris..

Anggur Tasik Beris 4

Punyalah ramai orang beratur nak beli tiket dengan beli cenderahati.. baru aku ingat masa nikan cuti sekolah patutlah ramai orang..

Anggur Tasik Beris 5

cik isteri tengah kira berapa ramai nak masuk dalam ladang tu.. kena bayar berapa ringgitlah tu.. hehehe.. takpe tokey Jubah belanja ini kali.. hehehe

Anggur Tasik Beris 6

Tu dia tiket dah beli.. untuk kanak-kanak RM2.00 dan untuk dewasa RM4.00.. rasanya lebih 10 orang kot nak masuk dalam ladang tu.. hehehe

Anggur Tasik Beris 7

Nilah antara cenderahati yang dijual dalam galeri ni..

Anggur Tasik Beris 8

Tak beli apa-apa cenderahati pun just tengok-tengok je.. sebab harga boleh tahan sebenarnya..

Anggur Tasik Beris 9

kalau teringin makan kek perisa anggur pun ada jual dalam galeri ni.. sepotong dalam RM5.50

Anggur Tasik Beris 10

Nilah dia anggur hitam yang dah dipetik sedia untuk dijual pada pelawat yang datang.. harga dekat label tu setiap paket RM15.00 untuk berat kalau tak silap 500g

Anggur Tasik Beris 11

dekat ladang ni ada dua jenis anggur kalau tak silap yang warna hijau dengan hitam.. yang hijau ni pulak ada dua saiz.. satu kecik dengan satu besar..

Anggur Tasik Beris 12

Antara family aku yang tak sabar nak masuk dalam ladang anggur ni.. ni semua adik-adik ipar dengan biras aku.. yang lain segam nak ambil ganbar ni.. hehehe

Anggur Tasik Beris 13

Maka bermulalah penjelajahan ke ladang anggur Tasik Beris.. jeng-jeng.. kita tengok apa yang ada didalam..

Rasanya macam panjang sangat je entri ni.. apa kata aku sambung next part boleh tak? hehehe.. ok korang tunggu ye sambungan gambar-gambar dalam ladang anggur pulak..  kasi suspent sikit.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. sonok pulak aku baca citer ko nie....lepas nie update pasal entry makan kat sana pulak yea...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang seronok bro.. yang tak seronok dia kalau hang nak tahu dekat situ kurang coverage phone.. tempat aku menginap langsung takda coverage.. pencawang baru nak buat..huuhu..

      Bab makan lagi sedih.. susah nak cari kedai makan sebab jauh dari pekan.. kalau nak makan adalah warung2 tepi jalan yang boleh buat lapis perut..

      Selamat dekat rumah penginapan tu ada disediakan cafe.. cuma bayor jelah.. hehehe

      Padam
  2. tak sangka kan dekat Malaysia boleh tanam anggur kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah saya pun mula2 tak percaya.. tapi bila dah tengok anggur tergantung2 baru percaya.. kata dekat malaysia ada 2 tempat satu lagi dekat perlis.. nama tempat tak pasti.. boleh google kot bro

      Padam
  3. Balasan
    1. memang ada.. atas sikit dari ladang anggur tu.. murah un murah ..

      Padam

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..