Kos Rawatan Pesakit Luar Di KPJ Damansara Tanpa Perlindungan Insurans

6/01/2013 09:17:00 PG , 2 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebenarnya dah beberapa hari aku nak buat entri ni.. tapi disebabkan kekangan masa dan kesibukkan yang dibuat-buat.. memang tak sempatlah nak menyiapkannya.. Jadi kebetulan aku balik kampung Penang dan ada sedikit masa yang kosong..ringan-ringan tanganlah menaip dekat laptop ni.

Entri kali ni aku nak kongsi pengalaman aku membuat rawatan dekat Hospital KPJ Damansara untuk rawatan sakit belakang aku.. Temujanji telah diaturkan dengan Dr.Rozman Pakar Otopodik di KPJ tu.. Seawal jam 8.30 pagi aku dah sampai.. walaupun klinik Dr.Rozman dibuka pada jam 9.00 pagi..

KPJ Damansara

Langkah pertama aku dengan ditemani oleh cik isteri adalah pergi buat verified insurans ING company aku.. samada boleh cover atau tidak buat rawatan dekat KPJ tu.. walaupun aku dah tahu jawapannya sebab sebelum aku pergi ke KPJ tu aku dah call ING awal-awal lagi untuk pengesahan.

Macam biasa bagi dekat staff yang bertugas tu surat reffer dari klinik dan kad ING aku.. kurang dari 15 minit keputusan dah keluar.. staff yang jaga bahagian GL tu kata.. en. punya insurans ni tak cover untuk outpation tapi cover untuk warded dengan harga bilik RM100 semalam.. so jawapan yang dia bagi dekat aku tu memang samalah dengan jawapan dari pihak ING..

Takpe takda masalah.. kalau tak cover dah tentu-tentu kita kena bayarkan.. so bayar jelah berapa yang dia akan charge nanti.. Kalau ikutkan boleh je aku pergi dekat HKL bahagian otopodik tapi korang faham-faham jelahkan kalau dah hospital gomen ni.. confirm kena menunggu lama.. dan pasti sehari urusan takkan siap.. jadi nak cepat punya pasal kita pergi je Hospital swasta.. bukan apa aku nak tahu keputusan yang cepat apa masalah penyakit belakang aku ni.. sebab aku risau kalau-kalau aku kena Slip Disc.

KPJ Damansara1

Selesai urusan dekat bahagian verified insurans aku terus ke klinik Dr.Rozman.. masa aku sampai tu dah ada 2 orang tengah tunggu dan kiranya aku ni yang ketigalah.. jadi lepas daftar dekat klinik tu aku pergi sarapan dulu..

Habis je sarapan terus gi klinik semula.. tak lama lepas tu nama aku dipanggil untuk masuk dalam..

Macam biasalah doktor tanya apa masalah aku.. sejarah aku kena sakit belakang dan buat pemeriksaan dekat tulang belakang..

Dr. memang tak boleh nak terus bagi jawapan apa punca sakit belakang dan kaki aku yang selalu kebas sebenarnya.. so dia minta aku gi buat X-ray dulu..

KPJ Damansara 2

Terus ke bilik X-ray dan ambil nombor giliran.. dekat sini pun tak lama aku tunggu adalah dalam 10 minit sebelum nama aku dipanggil..

Habis X-ray dibuat terus aku naik ke Klinik Dr. semula.. Teknologi dekat KPJ ni aku kira canggih sikitlah sebab takda lagi bawa kertas filem hitam X-ray tu.. semua dah online.. X-ray buat dekat tingkat 1.. Dr. dekat tinggat 2 terus dapat keputusan melalui komputer… sampai-sampai je dalam bilik Dr. dia terus cakap.. inilah masalah kita kadang-kadang.. lain penyakit kita nak check..lain yang dapat.. hasil dari X-ray yang aku buat tu.. didapati tulang belakang aku bengkok seperti huruf S.. lebih kurang macam gambar dekat bawah ni.. ikutkan manusia normal.. tulang belakang adalah tegak.. so Dr. cakap mungkin tulang aku bengkok sejak dari lahir lagi.. atau cara duduk atau kerja aku salah masa aku muda..(bunyi macam aku dah tua je.. hehehe).

Tulang Belakang Bengkok

Gambaran bentuk tulang belakang bengkok.. “kredit foto google

Patutlah sebelum ni bila aku berdiri depan cermin aku nampak macam badan aku senget sebelah.. so itulah kot kesan dari tulang belakang aku yang bengkok..

Doktor sempat bergurau dengan cik isteri dia kata.. biasanya kalau perempuan yang tulang bengkok.. lelaki akan jadikan alasan untuk kawin satu lagi.. tapi kalau lelaki tulang belakang bengkok.. isteri biasanya setia.. hehehe.

First takpelah aku redha je dengan ke putusan X-ray tu.. sebab Dr. cakap orang yang tulang bengkok ni.. tak bawa mati pun.. (mungkin dia nak sedapkan hati aku kot.. huhu).

Dr. cakap mungkin tulang belakang aku yang bengkok tu yang beri kesan kepada sakit pada belakang aku.. dan mungkin disebabkan aku pernah angkat beban yang berat melebihi berat aku.. Dr. cakap aku kena muscle strain.. so kaedah rawatan awal ni kena buat physiotherapy  sebanyak 5 kali dalam tempoh sebulan ni.. habis je physiotherapy baru Dr. akan check semula aku perubahan atau tidak.. andai takda baru Dr. cadang buat MRI kalau-kalau ada sedikit Slip Disc yang berlaku.

Sementara waktu ni doktor bekalkan lagi dengan 3 jenis ubat.. memang kerja makan ubat jelah aku lepas ni..

KPJ Damansara2

Habis sesi berjumpa Dr. untuk kali pertama terus dapat bil rawatan dari pembantu Dr.tu.. dalam bil tu dia tulis RM180..

KPJ Damansara5

Oklah macam biasa bil dah dapat pergilah kauter farmasi untuk ambil ubat dan buat bayaran.. sekali dia cetak bil kos rawatan tu.. terbeliak biji mata aku tengok jumpa bil tu..

KPJ Damansara6

Jumlah bil untuk rawatan kali pertama sebanyak RM338.70.. mula-mula ingat RM180 je…. semua kos tu dah termasuk dengan X-ray dan ubat.

Bagi aku yang berpendapatan sederhana ni..memang aku rasa besar nilai yang aku kena bayar tu.. dah kos ni tidak termasuklah kos physiotherapy 5 kali yang aku akan buat nanti..

KPJ Damansara3

Tak habis dekat situ.. lepas buat bayaran terus gi buat appointment dengan pusat physiotherapy untuk physio kali pertama.. jadi disebabkan aku dah ambil MC untuk sehari.. aku terus buat temujanji physio pertama untuk hari yang sama jam 1.30 petang..

KPJ Damansara4

Kiranya dari jam 11.30 pagi sampai jam 1.30 petang aku berkampung jelah dekat hospital dengan cik isteri..

Jam 1.30 aku masuk daftar dan buat physio kali pertama.. untuk sesi pertama tu.. macam biasalah pegawai physio tu bagi penerangan sikit dan nak buat check apa yang sakit dah bahagian mana yang kurang selesa..

Antara physio yang diberikan adalah.. kaedah ultra sound, kaedah elektrik dan kaedah ais.. masa buat ulta sound tu sama macam nak check baby dalam perut.. cuma yang ni dia buat dekat saraf tulang bekalang.. yang kaedah elektrik tu.. dia letak satu alat dekat belakang.. punggung dan kaki.. lepas dia on mesin tu.. rasa macam kena cucuk-cucuk bahagian yang dia letak alat tadi.. last sekali baru dia bagi terapi ais dekat belakang dan kaki.. setiap sesi tu dibuat selama 20 minit.. dah lebih kurang habis semua selama 1 jam 30 minit..

Habis physio yang pertama terus dapat bil dan jumlah bayaran untuk kali pertama ni adalah sebanyak RM140.. jadi kalau dicampurkan dengan kos rawatan Dr. tadi hampir RM500 untuk rawatan pesakit luar di KPJ Damansara ni..

Memang ikutkan logik agak mahal sebab kena bayar sendirikan.. tapi disebabkan nak berurusan dengan cepat kenalah bayar mahal sikit..

Kalau koranglah.. korang akan buat rawatan tu dekat hospital swasta atau kerajaan?

Boleh cadangkan dekat aku tak insurans jenis apa yang dia cover untuk outpation punya coverage?

Bila dah kena ni.. time nilah baru terfikir betapa pentingnya ada coverage insurans.. kalau orang kampung memang hospital gomenlah yang akan ditujuinya.. sebab tulah mak aku dulu buat rawatan punya lama berurusan dengan hospital kerajaan ni..

Kata orang tu sediakan payung sebelum hujang.. kalau dah hujan dan dah basah payung besar padang bola pun dah tak guna.. betul tak?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Bro,saya nak share sikitlah.Tahun 2011 saya pernah jatuh.lepas tu pinggang sakit.Sakitnya plak bukan kat pinggang sahaja,kekadang menjalar sampai labu betis kanan.mcm kena elektrik dan kebas.Suffer tahap azab punya.bdiri depan cermin nampak badan pun senget.Saya refer ke KPJ Selangor,(shah alam).Memula xray,semua nampak normal.Pastu saya request MRI sbb xpuas hati dgn result xray.esoknya mri plak baru nampak ada saraf terhimpit dalam tulang belakang.puncanya disc pecah dan ada sikit tissue yg himpit saraf tu.Solusinya operation.Kbetulan masa tu saya nk nikah lg seminggu,tpaksa la proceed.doktor bg jaminan 3 hari dah boleh jalan mcm biasa.petang ahad saya operate,petang khamis discharge.so far elok sampai sekarang,cuma dh xberani buat kerja tlalu berat.kos semua skali operate+warded RM9700++.physiotherapy boleh bro kalau kes ringan,cuma lambat baik.emel la saya kalau nk citer panjang,faizalrsd@gmail.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah bro nanti ada benda yg nk tanya saya email... Memang risau juga ni... Rasanya kalau tak buat MRI selagi tu tak puashati

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..