Info Jerebu Terkini | Jerebu Di Muar Semakin Teruk

6/23/2013 10:36:00 PG 0 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti yang rakan-rakan semua sedia maklum masalah jerebu sedang melanda beberapa negeri di tanah air kita terutama sekali di kawasan negeri Johor dan khususnya yang paling ketara adalah negeri Muar.

Di bawah ni adalah maklumat terkini yang aku ambil dari laman web Jabatan Alam Sekitar untuk tarikh hari ini 23-Jun-2013.

Info jerebu terkini

Info jerebu terkini 1

Info jerebu terkini 2

sumber laman web Jabatan Alam Sekitar

Di kawasan tempat tinggal aku sekitar Bandar Sri Damansara jerebu ni mula kelihatan ketara pada pagi semalam.. sampaikan bila cik isteri buka tingkap kami dapat hidup bau seperti asap kebakaran..

Pagi ini juga jerebu masih kelihatan lagi area rumah aku..

Ada baiknya pada musim-musim kualiti udara tak berapa sihat ni dikurangkan aktiviti luar bersama keluarga.. dan banyakkan meminum air masak.

Diharapnya masalah jerebu tidak berpanjangan.. dan sama-sama kita berdoa supaya diturunkan hujan bagi mengurangkan kadar jerebu ni..

** Hujung minggu nak balik Johor macam manalah kedaaan jerebu dekat kampung aku ni.. harap-harap oklah sebab kebetulan hujung minggu ni ada majlis kenduri kesyukuran dekat rumah.. risau juga kalau keadaan jerebu ni bertambah parah diJohor.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..