Buah Tangan Dari Tanah Suci Mekah

6/27/2013 12:05:00 PTG 7 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah semalam makcik cik malarang ada bermalam dirumah dan dia sampaikan beberapa buah tangan dan oleh-oleh yang dikirim oleh Ibu mertua di Penang yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah 3 hari yang lalu.. Alhamdulillah kedua ibu mertuaku sepanjang di tanah suci Mekah sihat-sihat hendaknya..

family mertua myvitrd

Macam biasalah orang paling excited nak tengok oleh-oleh tu cik isterilah.. seronok dia dapat hadiah dari ibunya.. cik isteri dapat abaya dari tanah arab.. tak kurang gembira akulah juga sebab  ibu dan ayah mertua belikan beberapa helai jubah.. terbaik memang cantik..”Terima kasih ibu & ayah” nampaknya kena pakai time raya nanti.. cuma masih dalam perbincangan nak balik raya dekat Penang atau Johor tahun ni.. jawapan aku dah ada.. cuma nak tunggu cik isteri nak bagi jawapan je dia nak raya mana.. hehehe.

Harraz? mestilah tok ibu dan tok ayah dia belikan hadiah juga.. dialah paling banyak dapat hadiah.. dapat jubah berhelai-helai dengan seekor unta untuk ditunggang nak gi sekolah nanti.. hehehe.. gurau sahaja.. harraz dapat mainan unta dari padang pasir.. hehehe

Cenderhati Unta Dari Mekah

Nilah dia unta harraz.. bila di sentuh kepada unta tu terus keluar suara berselawat.. hehehe.. sangat bagus.. cuma bila mata unta tu menyala-nyala harraz ada takut sikit.. hehehe

Sebelum family mertua bertolak ke tanah suci Mekah masa tu aku sempat pesan dengan ibu mertua kalau-kalau terjumpa BUAH ZURIAT tolong belikan.. alhamdulillah memang ibu mertua jumpa BUAH ZURIAT tu dekat tanah suci Mekah.. syukur banyak juga yang ibu mertua aku beli.. mungkin untuk bagi saudara mara kot.. hehehe.

Yang dia bagi dekat aku pun banyak.. terima kasih ibu.

Stok Buah Zuriat

tak pernah tengok BUAH ZURIAT nilah rupanya..

Fungsi buah zuriat ni pernah aku entrikan beberapa tahun sebelum ni.. kalau nak tahu boleh rujuk balik entri-entri aku dibawah ni..

"Alhamdulillah bertemu dengan Buah Zuriat"

“Kaedah makan buah zuriat”

Kalau ada sesiapa yang nak sangat dan masih tercari-cari BUAH ZURIAT ni boleh email aku.. insyallah aku adalah sikit boleh kongsikan dekat kawan-kawan yang memerlukan.. seorang aku bagi sebiji.. Buah zuriat ni memang susah nak dapat.. hanya ada ditanah suci mekah sahaja.. kalau nak beli pun ada rakan-rakan blogger yang jual.. boleh tengok dalam entri-entri aku sebelum ni aku ada kongsikan dalam tu .. cuma tak pastilah masih ada stok atau tidak.

Kita hanya berusaha segala ketentuannya datang dari ALLAH.. jadi jangan putus berusaha..

Insyallah kalau ada rezeki aku pun nak bawa anak isteri ke tanah suci Mekah menunaikan Umrah & Haji satu hari nanti.. amin.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. assalamualaikum. alhamdullilah. keluarga mertua sheila pun baru balik umrah, haaa bagusnya sheila masih tak buat apa lagi dengan buah zuriat tu, nanti sheila usha entri lama awak ye, thanks :D

    BalasPadam
  2. Kalau dapat susu unta pun besh bro....banyak khasiatnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak yg tu lupa pulak aku pesan.. hehehe

      Padam
  3. alhamdulillah..
    rindu nak ke sana lagi..semoga ade peluang untuk ke sana

    http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/anda-mencari-vitamin-untuk-detox-or.html

    BalasPadam
  4. Terimakasih banyak atas informasinya

    BalasPadam
  5. kalau ada niat yg baik. pasti allah akan tolong. jom muhasabah diri dan berusaha utk jejakkan kaki ke sana. amin

    salam ukhuwah dr nanie ^_^

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..