Anak Tidur Tidak Lena Di Waktu Malam

6/14/2013 07:03:00 PTG 1 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sejak seminggu dua ni.. anak aku tak berapa nak lena bila lewat malam.. kerap sangat terjaga dan merengek-rengek.. aku pun tak pasti pasal apakan..

Kalau sebelum ni.. memang dia ada terjaga waktu malam.. cuma tak sekerap sekarang ni.. kalau sebelum terjaga tu 2 ke 3 kali je lepas 12 malam itu pun lapar nak susu.. tapi sekarang ni hampir 10 kali terjaga lepas 12 malam..

Yang jadi masalahnya kami berdualah.. sebab esok paginya nak kerja.. confirm dekat opis akan mengantuk.. hehehe

Harraz tidur 1

Gaya tidur macam orang dewasa..

Biasanya kalau dah teruk sangat merengek.. aku akan suruh cik isteri bawa si kecik ni tidur sebelah kita orang.. sebab sikecik ni tidur dekat katil sendiri.. tapi tulah masalahnya kalau dah tidur dekat kami.. memang dia jelah yang akan menguasai katil tu.. pantang badan dia kena sentuh.. mesti terjaga je..

Harraz tidur 2

Malam semalam tidur tak berbaju sebab habis baju basah mungkin kepanasan kot..

Almaklum jelah bilik tidur kami tak beraircond tu yang panas sikit.. yang peliknya si kecik ni.. bila kita orang bangun pepagi nak siap-siap gi keje time tulah pulak baru lena tidurnya.. hehehe.. confirm-confirm tidur dalam setengah jam dah terjaga sebab kena angkat nak bawak gi umah pengasuh.

Kekadang ada juga aku terfikir anak aku ni kena gangguan ke.. macam misteri nusantara tu.. sebab pelik sangat masuk tengah malam je mesti tidur tak lena..

Korang ada petua tak macam mana nak bagi anak tidur lena.. aku ada dengar kata orang tua-tua aku.. dia cakap jangan bagi budak-budak ni gelak sangat waktu siang.. nanti kalau malam susah nak tidur.. entahlah itu orang tua-tua yang cakaplah..

Kalau korang ada tips dan petua.. kongsi-kongilah dengan aku ye..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. Pasang aircond.. skrg musim panas, sbb tue xleh tdo.. he he...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..