4 Kali Tukar Susu Formula Baru Serasi Dengan Harraz

6/06/2013 01:45:00 PTG , 12 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bertukar-tukar jenis susu formula untuk harraz.. akhirnya jumpa juga susu formula yang serasi dengan beliau.. bukan ketiga-tiga susu formula sebelum ni anak tak nak minum semua dia minum dengan berselera.. cuma masalah timbul bila nak buang air besar..

Setiap kali nak buang air besar mesti menjerit-jerit nangis sebab sembelit.. kesian aku tengok sebab macam menderita sangat anak aku ni.

Dugro

Dumex Dugro menjadi susu formula pertama harraz.. dan adalah hampir sebulan kami guna susu ni sebelum bertukar kepada susu formula kedua.. Dugro ni aku suka sebab wangi anak pun suka minum cuma masalah pada penghadaman sahaja.. mungkin tak serasi kot dengan badan dia.

Dutch Lady 123

Setelah meminta cadangan dari rakan-rakan.. dia orang cadangkan aku tukar dugro kepada Dutch Lady 123.. tapi still keputusannya sama.. adalah hampir 4 paket juga aku guna sebelum tukar lagi ke susu formula ke-3

Lactogen

Susu formula ke-3 adalah dari jenis Lactogen.. sempat guna 3 kotak.. sebelum ambil keputusan tukar lagi kepada susu formula yang ke-4.. mula-mula ingat lactogen ok sebab ada anak kawan sembelit dia guna lactogen ok.. tapi dekat harraz lactogen still tak serasi juga.. tukar lagi

Harraz Lactogen

Muka macam marah je.. hehehe.. tak sabar nak test susu baru katanya.. sekali dah test sembelit juga.. kesian si kecik ni..

Anmum

Minggu lepas sebelum balik bercuti ke Penang sekali lagi tukar susu formula ke jenama Anmum pulak.. dan setelah  hampir seminggu harraz minum Anmum ni.. alhamdulillah nampaknya ada sedikit perubahan time nak buang air besar.. nampak tak sembelit lagi.. cuma najis agak cair sikit.. kira oklah.. rasanya mungkin Anmum ni baru nak mula serasi dengan dia..

Cuma harga Anmum ni faham-faham jelahkan.. tapi nak buat macam mana susu formula tu je yang serasi dengan dia.. dulu masa mula-mula mama dia mengandungkan dia.. memang Anmum ni jugalah yang mama dia minum walaupun tak habis.. hehehe.

Anmum tin

Baru je lepas belikan Anmum yang dalam tin ni.. harga RM7x.xx juga dekat tesco.. harap-harap lepas ni tak tukar susu formula lagi.. buat masa sekarang anak masih minum susu badan juga.. cuma kalau tak cukup baru bagi susu formula..

Macam mana dengan pengalaman korang bagi anak minum susu formula ni ada masalah macam aku juga tak??

** Sapa ada petua macam mana nak tahu tanda-tanda anak kena cacing dalam perut.. sebab anak dah usia setahun 6 bulan.. kurang selera makan.. dan belum lagi bagi makan ubat cacing.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

12 ulasan:

  1. Masa 1st baby, mula-mula bg snow, sembelit, bagi lactogen-cirit birit, akhirnya bertukar pd Nan Ha1, Harganya buat jd ting-tong juga, bayangkan sebulan 6-7 tin yg 900g tu. Tp nasib baik bila umur 2 tahun setengah, dia boleh masuk ngan Dutch Lady.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ada orang cakap kekadang bila usia dah dewasa sikit susu yg dulu dia tak sesuai tu akan jadi ok semula.. semua mungkin faktur pemakanan sama kot.. :-)

      Padam
  2. Assalamualaikum kak. sheila taktau apa2 pun.. takda pengalaman sendiri. hope Harraz suka dengan susu formula baru :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya bukan pompuan.. hehehe.. insyallah bila dah ada baby nanti mesti akan wujud pengalaman tu.. :-) alhamdulillah Harraz nampak serasi sikit dengan Anmum ni..

      Padam
  3. anak sy pun berak tahi keras tapi tak delah sampai sembelit. baru ni ada baca shaklee mealshake elok untuk anak yg sembelit, kurang selera makan..haa mmg kenalah dgn harraz ni. cer try. sy pun amik gak utk anak, alhmdlh kurang demamnya.. asiyah pulak selera makan dah pulih :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq bagi info tu.. insyalllah nanti boleh inform dekat wife untuk cadangkan ambil shaklee juga.. :-)

      Padam
  4. Alhamdulillah jumpa juga susu yg serasi. Anak saya dari yg sulung sampai yg no 3 *no 4 masih full bf* minum susu Enfa meadjohnson . So far semua serasi...

    Pasal ubat cacing tu dulu pernah Doc advise sekarang ni sumber air paip dah bersih tak macam dulu2 so ubat cacing tu tak kritikal utk di bagi. Tapi pernah gak la satu dua dos kat derang masa kecik.. Wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang harraz campur lagi dengan bf*... mungkin sebab campur tu kot yang tak sesuai denagn susu formula... ubat cacing pun dah ambil cuma tak bagi lagi.. sbb kebetulan masa ambil ubat tu dia demam pulak..

      Padam
  5. x pulak my nuha kena sembelit sebab dia suka makan sayur dan minum air masak agaknya. mungkin sembelit tu bukan dari susu kot. entahlah kurang arif jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oklah kalau macam tu.. anak saya memang kurang sikit minum air masak ni.. sayur lagi payah nak makan sebab sekarang kurang selera makan dia

      Padam
  6. Anmum antara yang terbaik....

    p.s : aduyai, kenapa ada word verification lagi ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah harap2 takda masalah lepas ni guna Anmum..

      p.s : atas permintaan aku dah remove word verification tu.. hehehe..

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..