Ujian Datang Lagi

4/14/2013 05:11:00 PTG , 5 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Untuk 3-4 hari ni memang aku rasa tak berapa sihat.. mungkin kalau sekali pandang takda sapa yang perasan yang setiap kali aku jalan, baring, duduk semua macam biasa je.. walaupun pada hakikatnya memang aku kurang selesa semua waktu aku baring, jalan atau duduk..

Sampailah tadi pagi bila aku nak bangun je.. aku tak boleh nak bangun sendiri sebab aku akan rasa sakit pada bahagian belakang sebelah kiri sampai ke hujung kaki kiri aku.. bila dah bangun pulak.. duduk pun sama juga serba tak kena.. seperti ada urat belakang aku yang terseliuh.

Jadi disebabkan aku dah tak tahan aku gagahlah juga ke klinik berdekatan dengan rumah aku untuk ambil ubat.. 2 hari sebelum tu aku dah ambil ubat dekat klinik lain tapi macam takda tindak balas je ubat tu dekat sakit belakang aku.. so cik isteri paksa aku sekali lagi ambil ubat dekat klinik yang lain.

Ubat sakit Urat

Kali ni doktor bagi aku ubat yang kuat sikit.. katanya.. ubat yang sebelum ni dia suruh aku habiskan.. kalau dalam tempoh seminggu masih takda apa-apa yang kurang dia minta aku datang balik untuk refer dekat hospital pulak..

Risau juga.. mula-mula aku ingat aku ada masalah sakit buah pinggang.. sebab banyak orang cakap sakit belakang ni ada kaitan dengan buah pinggang.. tapi bila doktor check katanya mungkin sakit urat saraf bukan masalah buah pinggang.

Harap-harap cepatlah sikit pulih sakit ni.. bukan apa aku nak bawa kereta pun aku tahan je sakitnya setiap kali aku nak tekan clutch gear memang sakit sangat.. nak masuk dan keluar dari kereta pun seksa.. macam sendi dekat belakang aku luka je rasanya..

Ada juga aku tanya doktor yang sakit ni adakah berpunca dari sakit keturunan.. tapi doktor kata bukan .. dia kata mungkin sendi belakang cedera lepas aku angkat benda yang berat.

Mak dekat kampung memang lumpuh sebab sakit sendi.. tu yang risau mungkin aku kena lebih kurang macam mak dekat kampung ke.. huhu.. apa pun doa-doa supaya cepat sikit baik sakit ni.. umur dah semakin meningkat macam-macam sakit datang..

Bila dah sakit ni… baru kita rasa nak hargai waktu sihat… aku anggap ni semua ujian dan dugaan dari Allah untuk bagi aku sedar supaya menghargai waktu sihat.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. Be strong bro..Dugaan dari Allah

    BalasPadam
  2. take a rest and semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  3. dugaan...bila dtg skt2 ni mmg risau sgt kan..

    anyway...get well soon

    BalasPadam
  4. cuba cek kalau2 ada simtomp penyakit batu karanggg...
    apapun moga cepat sembuh ye

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..