Monday, April 29, 2013

Manfaatkan Penggunaan Maybank2u Pay Untuk Usahawan Online

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Budaya membeli belah secara online sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita sekarang ini.. rata-rata pengguna internet tegar lebih gemar membeli belah secara online dari pergi ke pasaraya atau butik-butik pakaian.

Kalau ada yang perasan atau tidak baru-baru ini Maybank telah melancarkan satu lagi kaedah pembayaran pantas diatas talian yang dikenali sebagai Maybank2u Pay bagi memudahkan usahawan yang  berniaga secara online.

Maybank2u Pay

Sudah semestinya aku dan cik isteri yang baru sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan online ni menyambut baik services terbaru dari maybank ini.

{Jemput Singgah Ke Kedai Online Kami}

Dengan adanya services Maybank2u Pay ni.. pelanggan yang mempunyai akaun maybank dan ingin membuat bayaran tempahan hanya perlu klik logo Maybank2u Pay seperti dibawah ni.

Maybank2uPay_logo

Selepas itu satu tetingkap akan dibuka untuk pelanggan memasukkan login & password maybank2u mereka.. jika akaun berjaya dibuka.. pelanggan hanya perlu memasukkan email pelanggan, jumlah bayaran dan keterangan bayaran.. seperti gambar dibawah.

Maybank2u Pay 1

Pelanggan tidak perlu lagi memasukkan no. akaun penerima bayaran kerana dengan services Maybank2u Pay ni.. akaun penerima bayaran telah didaftarkan didalam service ini.

 

BAGAIMANA PEMILIK BLOG SHOP INGIN MENGAKTIFKAN MAYBANK2U PAY NI DIDALAM BLOG SHOP MEREKA?

Bagi mereka yang ingin mengaktifkan services Maybank2u Pay ni pada blog shop mereka, perkara yang yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan terlebih dahulu blog shop mereka didalam sistem Maybank2u Pay..

Tutorial untuk mengaktifkan service Maybank2u Pay boleh di rujuk di blog Pakdi.net .. terima kasih kepada pakdi.net kerana telah meyediakan tutorial yang lengkap dan mudah difahami.

 

APA KELEBIHAN MAYBANK2U PAY NI?

 

1. Melakukan pembayaran secara automatik terus daripada website penjual. Tidak lagi perlu ke website Maybank2u dan melakukan transaksi secara manual.

2. Lengkap dengan maklumat pembayaran seperti nama, email, jumlah, tarikh dan masa. Sebelum ini penjual hanya nampak jumlah wang yang dimasukkan sahaja tanpa ada maklumat lengkap. Jika ada satu dua transaksi masih boleh diuruskan, tetapi jika ada 100 transaksi dengan jumlah yang sama? Nanti yang claim produk ada 101 orang, kan dah kelam-kabut.

3. Pembeli dan penjual menerima notifikasi pembayaran di email. Setelah selesai pembayaran, kedua-dua pihak akan mendapat email notifikasi daripada Maybank2u mengatakan transaksi tersebut telah berlaku. Kita boleh simpan sebagai rekod.

4. Pembeli tidak lagi perlu mengemukakan bukti pembayaran. Kalau dulu pembeli kena copy paste maklumat pembayaran dan berikan kepada penjual.

5. Boleh menyemak semula transaksi yang lepas (60 hari). Mudah nak audit dan juga mudah untuk buat rekod transaksi.

Setakat ini, ada 4 jenis perniagaan sahaja yang akan diluluskan oleh Maybank.

  1. Aksesori & Pakaian
  2. Elektronik
  3. Makanan
  4. Muzik & Buku

Empat jenis ini yang diumumkan secara rasmi oleh Maybank di website mereka. Selain dari itu mungkin mengikut pertimbangan dan budi bicara mereka yang review permohonan anda. Proses kelulusan akan mengambil masa 1-2 hari.

Kredit info dari :- Pakdi.net

Jadi kepada yang sedang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau besar-besaran melalui media sosial seperti blog.. ambil peluang yang ada ini bagi memudahkan lagi urusan perniagaan online anda.

2 comments:

  1. Cayolah bro..Bila nak buat bisness juga ni..

    P.s : Agak2 kalau eden jual spender warna biru saja, laku tak? Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm laku bro... Yg penting ada cop url eyriqazz.com.. Aku yg pertama booking.. Ha3

      Delete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini