IKEA Meatballs Terjahan Kali Ke-2

4/26/2013 04:18:00 PTG , , 3 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Cerita ni sebenarnya minggu lepas punya.. kebetulan hujung minggu lepas aku kena duty sabtu & ahad jadi time duty tu aku tak bawaklah cik malarang dengan Harraz dekat opis.. kiranya dah lama juga aku dah tak bawak dia orang berdua sebab sekarang ni.. anak susah nak kawal dah dekat opis.. habis semua barang-barang opis nak di punggahnya.. jadi setiap kali duty hujung minggu cik malaranglah yang akan teman harraz dekat rumah..

Jadi kebetulan lepas habis kerja hari ahad tu aku bawaklah cik malarang dengan Harraz untuk ronda-ronda luar kawasan sekitar damansara.. yelah kesian dia orang 2 hari duduk rumah macam dalam sangkar burungkan.. jadi kasilah dia orang hiburan dekat luar..

Entah macam mana.. masa nak keluar rumah tu aku terus cakap dengan cik malarang apa kata kita gi makan meatballs lagi.. dia apa lagi.. ibarat orang lapar disorokkan makanan.. mestilah suka.. hehehe..

Ikea Meat Ball 1

Tengok Harraz tu.. kalau pegang makanan mesti nak pegang dua-dua tangan.. tak kira apa yang dia makan mesti nak dua..

Ikea Meat Ball 2

Jadi ni menjadikan kali kedualah aku terjah meatballs dekat Ikea tu.. sebelum ni memang nak terjah juga.. tapi masa tu kecoh pasal meatballs Ikea yang tak halal sebab ada DNA kuda katanya.. sampaikan restoran Ikea tu pun tutup beberapa hari.

Jadi bila dah disahkan yang daging yang dibekalkan dekat Ikea Damansara tu adalah dari pembekal daging tempatan.. so isu DNA kuda tu tak timbul lagi.. tu yang aku pun beranikan diri untuk terjah kali ke-2.

Bila tengok gambar dekat atas tu.. macam nak gi terjah lagilah.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. baru sekali rasa. mengidam nak lagi

    BalasPadam
  2. berhantu sket meatballs IKEA ni.
    rasa nak singgah je kalau pegi damansara.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..