50 Idea Pemasaran Tips Dari Dr Azizan Osman

4/01/2013 09:37:00 PTG , 7 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti yang aku maklumkan pada entri aku sebelum ni yang mana semalam pada hari ahad   31-3-2013 aku telah meluangkan masa bersama cik isteri untuk menimba sedikit ilmu dari Dr Azizan Osman.. rasanya semua orang kenal bila sebut sahaja nama Dr. Azizan Osman, beliau merupakan seorang pakar dalam pemasaran, pengiklanan dan jualan.. beliau juga seorang usahawan dan perunding perniagaan yang berjaya.

Klinik usahawan berani berniaga 2013 yang beliau anjurkan di SACC adalah percuma sahaja.. sebab tu tidak hairan yang hadir lebih dari 3000 orang peserta yang terdiri dari usahawan, peniaga part time dan mereka yang mencari-cari peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan macam aku ni..

Kebetulan cik isteri memang ada buat perniagaan part time menjual pakaian muslimah secara online.. so rasanya nak tahu juga tip dari Dr. Azizan Osman macam mana nak tingkatkan jualan dalam perniagaan online ni.. serius banyak ilmu yang tidak terfikir oleh akal fikiran telah dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman.

Oklah aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku ambil sepanjang seminar tu di SACC.

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman 1

Seminar bermula jam 8.45 pagi tapi dalam 7.30 pagi kami berdua dah sampai dan ramai orang dah beratur dipintu utama seawal jam 6.30 pagi.. bersemangat betul dia orang ni.

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman 2

sebelum nak masuk kedalam dewan seminar.. peserta dikehendakki mendaftar dan mengisi borang maklumat peribadi terlebih dahulu.

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman 3

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman 4

Bukan setakar beratur didalam dewan SACC tetapi diluar dewan pun dah ramai orang beratur untuk register.

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman 6

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman 7

Tepat jam 8.45 pintu dewan dibuka.. berpusu-pusu peserta masuk untuk berebut tempat paling depan sekali. aku dengan cik isteri duduk dekat belakang je sebab masuk lambat..

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman 8

Gambar sekeping yang berjaya aku rakan didalam dewan sebelum salah seorang krew datang memberitahu pada mereka yang menggunakan camera agar tidak merakam sebarang video dan gambar didalam dewan.. aku akur jelah dengan arahan tu.. kalau tak memang banyaklah aku nak shoot dalam dewan ni.. hehehe

Klinik Usahawan Dr Azizan Osman 5

Ole-ole atau cenderhati dari Dr. Azizan Osman kepada peserta seminar yang datang awal sebelum jam 8.30.. mereka yang datang dan daftar selepas jam 8.30 pagi memang tak dapat buku “LIMAPULUH iDea PEMASAN” dari Dr. Azizan ni.. Alhamdulillah kami berdua dapat buku ni.. insyaallah ilmu dan tips dalam buku ni akan aku kongsikan bersama-sama nanti..

Jadi kalau korang rasa-rasa nak belajar macam mana cara untuk berjaya dalam berniaga korang boleh hadir dekat mana-mana seminar yang dibuat oleh Dr. Azizan Osman.. korang boleh daftar secara percuma disini.

#Tip dari Dr. Azizan Osman : “Apa yang anda fikir, apa yang anda rasa, apa yang anda cakap, apa yang anda buat semuanya adalah DOA”

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. Semoga anda kaya dan berjaya. dunia dan akhirat. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. macam saya pernah dengar ayat tu.. mesti pernah hadir seminar ni jugakan.. :-)

      Padam
  2. tq share psl ni..kami pn ade register jugak utk next seminat dkt PGRM..kene dtg awai jugak la ni nmpknye:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sapa yang datang awal akan dapat t-shirt tau.. lepas subuh terus datang.. hehehe

      Padam
  3. selalu bayaran dia boleh tahan jugak kalau attend seminar dia kan. tak tahu pulak yang ni percuma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni memang percuma sebab dapat peruntukan dari gomen katanya untuk tahun 2013..

      Padam
  4. peringkat asas nie lebih kepada motivasi dan anjakan pemikiran ke arah lebih positif....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..