Tuesday, March 5, 2013

TARIKH AKHIR Penghantaran Borang dan Bayaran Baki Cukai 2012

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah selesai lagi satu urusan duniawi pagi ni.. dengan siap sepenuhnya penghantaran e-Filling secara online. bagi yang terlupa aku nak ingatkan bahawa tempoh penghataran borang cukai pendapatan melalui online perlu dibuat selewat-lewatnya 30 April 2013. jadi kalau boleh biar hantar seberapa segera bagi mengelakkan kesesakkan trafik pada sistem online LHDN nanti..

Tarikh akhir bayar cukai 2012

Bukan apa kalau korang buat endah tak endah je pasal bayaran cukai pendapatan ni..  takut nanti bila korang dah bersara.. akan ada masalah untuk korang buat pengeluaran KWSP.. sebab sebelum korang dapat keluarkan carumah KWSP semua hutang-hutang cukai yang tertunggak berpuluh tahun akan ditolak terlebih dahulu.. sebab tu kalau korang tak nak susah kemudian hari ada baiknya korang hantar je borang cukai tu kalau dah layak..

Bayaran Cukai Pendapatan

Macam aku memang takda cukai yang dikenakan sebab gaji kecik tapi still aku buat juga sebab syarikat dah bukankan fail sebelum ni.. jadi bila dah ada akaun cukai pendapatan tu.. kenalah isi borang setiap tahun.. tak susah mana pun.. isi maklumat yang betul dah klik je butang next sampai habis.

Jadi kepada yang nak hantar borang e-Filling tu boleh terus ke http://e.hasil.gov.my

6 comments:

  1. Owhh.. dah siap drafttt.. lupa lak nak hantar hihihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantar cepat2 supaya sistem tak jem.. hehehe

      Delete
  2. aku tak pernak kena cukai... :)

    ReplyDelete
  3. Thanks ingatkan, nak htr cepat2 then br cepat dpt refund

    ReplyDelete
  4. Untuk para usahawan sebelum Jun berakhir =)

    ReplyDelete
  5. MACAM MANA SEMAK DALAM SISTEM BAHAWA SAYA SUDAH BAYAR CUKAI ATAU BELUM ?

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini