Sesi Terjah Makanan Nasi Arab di Restoran Hira’a Balik Pulau Penang

3/09/2013 11:39:00 PTG , 7 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kalau di Kuala Lumpur sebut sahaja makanan nasi arab semua orang dah boleh bayang macam mana suasana dan juadah yang dihidangkan… dengan dekorasi kedai yang diubahsuai seolah-olah berada di negara arab yang penuh dengan pasir dan unta.. hehehe.

Kalau di Penang pulak sebut sahaja nasi kandar semua orang dah boleh bayang juga.. tapi apa yang menariknya sekarang ini di kampung mertua aku di Balik Pulau dah ada satu kedai makanan nasi arab yang diusahakan oleh penduduk tempatan cuma tukang masak diambil dari Arab (agak sahaja sebab muka tukang ada muka arab).

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 1

Lokasi : Berhampiran dengan surau pekan Kongsi

Malam tadi barulah berkesempatan untuk menjamu selera di restoran nasi arab tu.. kalau di Kuala Lumpur sudah ada 3-4 kedai restoran yang pernah aku cuba.. kali ni nak cuba rasanya di kampung mertua aku pulak..

Jom layan gambar supaya tak boring baca tulisan aku ni..

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 2

antara pelanggan yang sedang menjamu selera dan menanti order sampai

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 3

Jom kita tengok apa ada dalam menu di restoran Hira’a ni..

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 4

tudia… macam-macam mendy ada.. Nasi Mendy Kambing pun ada..

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 5

macam mana nak order ni.. kalau harraz dah duduk atas menu ni… hehehe

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 6

selain makanan berasaskan nasi.. menu dari roti pun ada..

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 7

sapa yang dah biasa makan nasi arab ni.. mesti dah tahu apa benda makan-makanan ni

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 8

menu minuman.. nak rasa jus buah pulak malam ni…

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 9

Nilah menu pilihan aku malam tadi.. Nasi Mendy ayam bahagian dada

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 10

jemput makan.. bismillahirahmanirahim….

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 11

Jus epal + jus oren + Horlick ais (asalnya minta panas..)

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 12

ayam bahagian dada menjadi pilihan kegemaran aku..

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 13

nilah nasi arab berasnya bila dah masak akan jadi sebutir-sebutir..

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 14

harraz pertama kali makan nasi arab.. tengok cara makan dia suka nasi arab ni

Restoran Nasi Arab Balik Pulau Penang 15

alhamdulillah kenyang sudah.. tinggal tulang dikerjakannya..

Andai kata korang datang bercuti ke Penang dan lalu di daerah Balik Pulau dan teringin makan nasi arab..bolehlah datang berkunjung ke Restoran Hira’a ni.. rasanya boleh tahan.. harga yang ditawarkan pun bersesuaian dengan kemampuan penduduk sekitarnya.. restoran di buka pada sebelah malam sahaja rasanya.. apa pun boleh call no handpone pada papan tanda dekat atas tu untuk maklumat lanjut.

Akhirnya tertunai juga hasrat dihati nak rasanya makanan nasi arab dikedai ni..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. skrg ni makanan arab semakin slow bernading pertengahan tahun lepas
    ada sahaja restoran arab baru dibuka
    org sentiasa hendak cuba :)
    skrg tinggal yang terbaik sahaja.. hehehe

    BalasPadam
  2. sempoi la bro... aku suka tengok nasi cenggini ada campuran safron yang buat nasik color kekuningan.... balik kije nie confirm aku terjah ....hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat KL ni memang banyak kedai bro.. terjah je mana2.. hehehe

      Padam
  3. Nyam,blela terjah kalau pi penang nanti..ble jadi pemandu pelancong kami lagi kan bro?hik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu sudah pasti bolehnya bro.. hehehe

      Padam
  4. haaaaa.. tu diaaaaa... harga pun nampak murah sikit dari area lambah klang.. :)

    BalasPadam
  5. Skrg ni dah tutup bhgn dalam restoren tu..skrg just jual ready packing tapau tepi jln dpan rmah tu..mgkin org balik pulau x ramai yg minat nasi arab ni..sya suka..dkat bukit bintang dh try..ZAFRAN..NASI HADRAMOT AND TARBUSH..
    Zaiyusri Hj Ibrahim..balik pulau..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..