Oh Tidak! Stok Susu EBM Harraz Kehabisan

3/17/2013 11:35:00 PG , 16 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Nampaknya hasrat kami sekeluarga nak bekalkan Harraz dengan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun mungkin tidak akan kesampaian.. ini kerana stok susu EBM yang ada hanya tingga 3 paket sahaja.. memang dah lama cik isteri tak simpan stok hanya Pump dah tu terus bagi Harraz minum.. memang tak cukup nak simpan sekarang ni sebab kalau dulu kurang minum susu so boleh simpan banyak sehari.. tapi sekarang sehari sahaja 50oz.. memang kalau susu lembu sekali pun perah hari-hari boleh kering beb.. hehehe..

Stock SUSU Ibu _myvitrd_junior

6 bulan yang lalau stok susu EBM dalam peti sejuk masih penuh… tapi hari ini… hanya tinggal 3 paket sahaja..

Stok EBM 2013

Sedih stok susu EBM tinggal 3 paket sahaja bertahun untuk 2 hari lagi.. biasanya susu EBM kami bagi time harraz dekat rumah bila dia nak tidur malam atau backup kalau susu tak sempat nak perah.. lagi satu susu EBM ni juga dicampurkan dengan bekalan susu baru yang dibekalkan ke rumah pengasuh..

Jadi sekarang ni dah kena fikir susu formula pulak sebagai backup.. jadi minta cadangan kawan-kawan susu apa yang sesuai untuk anak aku mulakan minum susu formula ni.. selama setahun 4 bulan ni memang susu ibu sepenuhnya dia minum.. mungkin juga isnin ni dah kena start campur dengan susu formula.

Cik isteri ada sebut pasal susu formula dari jenama ILHAM macam mana pandangan korang sapa yang ada pengalaman guna susu dari jenama ni?

Harap pandangan kawan-kawan dapat membantu aku sekeluarga untuk membuat pilihan membeli susu formula pertama buat harraz.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

16 ulasan:

  1. kalau mampu boleh cuba susu kambing karihome. susu kambing kan 2nd best. ape pun fm ni kene try n error.sebab tak mesti brand yang sesuai ntok anak orang lain sesuai gan ngan anak awak. satu tips lagi, try dari brand yang murah dulu, cuma brand yang murah ni mungkin ada gula tambahan, which is not good la. itu aje. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok tq2 atas info.. susu kambing ye.. idea gak.. nanti boleh survey2 dulu

      Padam
  2. Klu dah setahun blh gne fresh milk.. Sama handle cam susu ebm.. Pastu blh try goat fresh milk. Klu tak silap area lmbh klng ada delivery utk susu segar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fresh milk.. Ok tq insyaallah boleh cuba nanti..

      Padam
  3. ada satu susu yang tak guna gula tambahan. susu jenama anmum

    BalasPadam
  4. Biasa susu ni ikut anak gak sometime beli memahal tapi anak xsuka so kekadang susu murah je yg anak minum =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 tu tu yang sekarang ni cuba belikan susu murah dulu.. hope takda masalah untuk pencernaan dia naanti

      Padam
  5. Susu Ilham aku baru beli.. Ok gak...
    Tapi mahal sikit laa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat mana hang beli ye.. memang wife aku ckp pun mahal sikit

      Padam
  6. Tengok gambar2 tu, first impression, mati2 ingatkan durian crepe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. ni bukan durian crepe tapi susu crepe..

      Padam
  7. Alooo pasni kena minum susu formula lah plak yer.. Sianyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat macam mana mama dia dah berusaha sedaya mampu selama 4 bulan. cuma sekarang minum campurlah still minum susu ibu lagi cuma kalau tak cukup baru bagi susu formula

      Padam
  8. Sorry bro, den tak ada pengalaman dalam bidang ni.. Tak dapat nk membantu..

    BalasPadam
  9. Cuba amalkan supplement untuk ibu menyusu..SHaklee..boleh hubungi saya untuk dapatkannya..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..