Kereta Buat Hal Lagi.. Merajuk Sebab Niat Nak Beli Kereta Baru

3/24/2013 12:27:00 PG , 5 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa sudah jadi dengan kereta aku ni.. sakit datang satu persatu… dugaan betul.. macam dia tahu-tahu je aku dah gaji.. habis semua gaji sedekah dekat bengkel semalam..

Tayar Pancit Myvi

Hari sebelumnya aku bawa gi bengkel untuk cabut paku dekat tayar yang dah seminggu melekat.. sekali cabut paku tu dekat setengah jengkal panjangnya.. macam biasalah kedai kata boleh tampal… ok terus tampal n tukar sekali kepala lubang angin sebab situ pun dah rosak.. bayar jelah RM15..

Bangun pagi-pagi je hari sabtu tu nak gi bengkel service aircond yang bermasalah.. tengok-tengok aduh pancit lagi sekali.. jadi nak taknak kenalah guna tulang 4 kerat aku untuk tukar tayar spare sementara nak gi bengkel..

Sampai bengkel sekali check ada bocor kecik dekat tepi sport rim.. ni gara-gara paku yang setengah jengkal tu dan tembus dari atas ke bawah.. sampaikan tayar dah gelembong tepi.. hari sebelumnya masa tampal tu tak perasan pulak.. huhu.

Jadi nak taknak kena tukar tayar sebiji.. disebabkan burged takda.. minta kedai tu carikan tayar 2nd hand.. selamat ada.. so sebiji tayar 2nd hand tu berharga RM140.. kalau baru dalam RM4xx… terus lari budged nak service aircond..

Buka Dashboard Myvi

Kalau nak service aircond myvi macam nilah gayanya.. semua kena buka.. cerita lanjut pasal service aircond ni nanti aku cerita ye.. penangan 5 tahun tak service.. sekali service semua komponen dah rosak.. huhu.

Macam nilah asam garam kalau pakai kereta… kesian cik isteri burged untuk shopping semua dah lari.. sabar ye wahai isteriku.. huhu.. insyaallah ada rezeki lain nanti untuk shopping ye.. kali ni rezeki terpaksa bagi dekat bengkel dulu.. huhu

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. Betul tu begitulah asam garam berkereta kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah berkereta ni.. duit backup untuk repair kereta memang kena ada .. kalau tak memang menangislah nak korek mana..

      Padam
  2. mmg masak kalau sekali kena...

    BalasPadam
  3. Bro,mahalnya tayar smpai 4rat.Tayar TOYO ke?

    BalasPadam
  4. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..