“Jangan Baca Buku Ini” Telah Menjadi Milikku

3/15/2013 10:27:00 PTG , 2 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pertamanya aku memohon maaf kepada semua pembaca blog ini kerana untuk beberapa minggu kebelakangan ini aku mengurangkan sedikit aktiviti berblogging aku ekoran aku menumpukan kepada kerja-kerja hakiki aku dipejabat.. almaklum jelah PRU13 semakin dekat so banyak kerja-kerja berkaitan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu..

Bila balik rumah memang aku dah mula jarang online sebab nak tumpukan sepenuh perhatian pada si comel dekat rumah tu.. kekadang bila hari kerja tu aku dapat layan anak aku dalam 3 -4 jam je sehari.. selebihnya banyak dia habiskan main dekat rumah pengasuh.. jadi masa yang ada sebelum dia tidur jam 10 malam tulah aku guna untuk main gelak-gelak dengan dia..

Jangan Baca Buku Ini

Oklah sebenarnya motif utama entri ni adalah aku nak bagi tahu pembaca blog aku yang aku dah memiliki sekarang buku hasil kreatif dan idea oleh seorang Pelabur Hartanah yang bertajuk “Jangan Baca Buku Ini”. Dari tajuk sahaja penulis dah bermain saikologi dengan pembacanya betul tak? … dari situ dah nampak kreatifnya..

Pada awalnya masa aku dapat buku tu dari tempahan yang aku buat melalui blogger INI.. aku dah fikir mesti cerita dalam tu macam buku-buku yang sebelum ni aku baca.. tapi alangkah terperanjatnya aku bila aku mula selak satu persatu isi buku tu yang mana isinya memang lain dari yang lain yang mana tak pernah aku jumpa buku yang ditulis dengan persembahan sedemikian rupa.. memang tidak pernah terfikir oleh benak aku sendiri untuk menghasilkan buku sedemikian rupa..

Pastinya bila korang memiliki buku tu.. korang mesti cakap wah! kreatifnya penulis buku ni.. aku tak mau cerita panjang sebab aku nak sambung balik baca buku tu.. baru habis baca pengenalan sahaja.. rugi tak habiskan baca ilmu tentang pelaburan hartanah ni.. mana tahu satu hari nanti aku pun boleh jadi seperti beliau dengan memiliki beberapa buah rumah pada masa akan datang sebagai pelaburan.

Jadi kepada yang nak tempah atau memiliki buku “Jangan Baca Buku Ini” korang boleh hubungi blogger INI untuk membuat tempahan dengan bayaran RM25 sahaja termasuk kos penghantaran.. jadi jangan lepaskan peluang yang ada.. mungkin buku ni boleh dijadikan sebagai jambatan pertama untuk memulakan pelaburan hartanah.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..