Dumex Dugro Fruit & Veg Menjadi Susu Formula Pertama Si Harraz

3/19/2013 10:36:00 PTG , 8 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Setelah beberapa hari memikirkan susu formula apa yang nak diberikan kepada anak kami ni.. akhirnya susu formula dari jenama Dumex Dugro 1-3 tahun menjadi pilihan.. Kebetulan hujung minggu tu aku gi tesco untuk beli beberapa barang dapur jadi terus aku carikan susu formula untuk harraz sekali.

Memang kalau ikutkan bermacam-macam jenis susu formula yang ada.. dari yang murah sampailah yang tersangat mahal.. setelah mengambil kira beberapa pandangan rakan-rakan blogger dalam entri aku Oh Tidak! Stok Susu EBM Harraz Kehabisan sebelum ni.. jadi ada baiknya aku mencuba susu formula yang murah dahulu.. kalau serasi dengan perut anak aku.. akan aku teruskan.. tapi kalau tak sesuai cuba carikan susu formula yang lain.

Dumex Dugro Fruits and Veg 1

Sedikit info tentang Dugro Fruit & Veg

Dugro® Fruit & Veg Baharu dan dipertingkatkan. Kebaikan susu dengan khasiat daripada 13 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran ekstrak digabungkan untuk membekalkan 75% nutrient harian yang diperlukan oleh anak anda*!

Terdapat dalam 1-3 tahun, 3-6 tahun dan 6 tahun ke atas dengan 0% Sukrosa. Dugro® Fruit & Veg dirumus berdasarkan rujukan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI).

Dengan rasa buah-buahan yang lazat, nikmati khasiat daripada 13 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran!

  1. Pir & Epal kaya dengan serat untuk mengelakkan sembelit
  2. Oren & Strawberi penuh dengan Vitamin C untuk menyokong penyerapan Zat Besi
  3. Aprikot, Pic and Lobak adalah sumber baik Vitamin A untuk kebaikan penglihatan
  4. Bayam tinggi dengan kandungan zat besi yang merupakan komponen haemoglobin dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen keseluruhan bahagian badan
  5. Markisa mempunyai sumber Magnesium untuk menggalakkan penyerapan dan pengekalan Kalsium

* Fruit & Veg 1-3 tahun - Vitamin C, Zat Besi, Zink dan Vitamin A

* Fruit & Veg 3-6 tahun - Kalsium, Vitamin D, Vitamin E dan Zat Besi

* Fruit & Veg 6 tahun ke atas - Kalsium, Vitamin D, Vitamin E dan Iodin

 

Dumex Dugro Fruits and Veg 2

Hai punyalah suka harraz peluk susu dugro tu.. sampai tak mau lepaskan.. disebabkan mamanya sedih nak buatkan harraz susu guna susu formula ni.. jadi akulah yang buatkan harraz susu buat pertama kalinya.. hehehe

Dumex Dugro Fruits and Veg 3

Cik isteri ajar aku macam mana nak bancuh susu formula ni dari jarak jauh je.. dia kata sebelum masukkan susu dalam botol masukkan air panas separuh dulu..

Dumex Dugro Fruits and Veg 4

jadi aku masukkanlah air panas separuh dalam botol susu tu.. dah tu barulah bubuh 3 sudu besar susu formula dalam botol tu..

Dumex Dugro Fruits and Veg 5

lepas siap aku bubuh susu formula tu.. cik isteri cakap tambah air suam dalam botol susu sampai ukuran maximum yang di labelkan dekat botol.. selepas tu tutup penutup botol dan gongcang sehingga susu sebati sepenuhnya…

Dumex Dugro Fruits and Veg 6

dah siap susu formula pertama buat si Harraz.. malam semalam sempat aku bagi minum susu formula ni 2 botol sebelum nak tidur.. setakat hari ini alhamdulillah takda masalah untuk membuang air besar lagi.. bukan apa ada orang kata kalau susu formula tak serasi dengan baby kekadang dia boleh sembelit.. emmm betul ke?

Buat masa sekarang ni aku nak test dulu susu formula dugro ni sampai habis.. tengok apa kesan pada anak aku.. ada sapa-sapa yang pernah guna susu dugro macam harraz minum ni? kongsi sikit pengalaman korang…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. Aku dah pernah try...
    Tapi anak aku tak suka... Yang 4 tahun, dia tetap nak sustagen gak..

    yg kecik pun rasa sustagen gak kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far baru test 3 hari ni nampak Harraz macam oklah.. setiap hari dia minum 2 botol je sebelum tido yg lain masih guna susu ibu

      Padam
  2. Kalau tk salah dumex..boleh menyebabkan anak berisi/ tembam. ..tp kl nk try..try tgk..kot lain2 effect

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke.. takpe saya masih monitor perkembangan anak minum susu ni.. sekarang pipi memang tembam sejak dilahirkan.. hehehe

      Padam
  3. kalo tak rasi bole buat sembelit,cirit birit or badan panas.mungkin ruam juga.pasal susu buat badan tembam tu...tgk pada kandungan gula satu2 produk la. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat masa ni anak masih ok.. takda masalah cirit birit.. mungkin sebab susu formula masih dicampurkan dengan susu badan..

      Padam
  4. Aku dah penin ni..anak aku lma dh minum susu ni..skrg jd cam susah nk berak..dh try kurangkan kandungan bancuhan susu tu..kalau air 8 susu 5 skop je tp still pyah gak.memula ok je..aduh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita mungkin menghadapi masalah yang sama bro.. aku baru je tukar susu Anmum untuk anak aku.. mula2 dugro lepas tu dutchlady.. tukar lagi lactogen still berak keras.. last aku tukar kepada ANMUM alhamdulillah dah 5 hari nampak ok lah sikit.. mungkin lain budak lain susu yg dia serasi bro.. memang pening aku juga ari tu dok tukar2 susu

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..