Berita Kurang Menyenangkan Dari Pengasuh Anak

3/12/2013 10:24:00 PG 1 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas masa balik Penang dapat berita dari cik isteri yang mengatakan pengasuh harraz ada hantar sms minta kita orang prepair untuk cari pengasuh baru untuk beberapa bulan lagi.. aku cakap dengan cik isteri.. pengasuh merajuk lagi ke.. atau harraz ada buat hal dekat rumah pengasuh sebelum ni?

myvitrd junior

Cik isteri cakap bukan sebab merajuk.. tapi pengasuh harraz kena pindah ke perak ikut suami.. katanya suami pengasuh tu dapat projek dekat perak so dia nak bawa semua anak bini pindah sana.. aduhhhh.. dalam hati aku macam mana ni.. nampaknya memang kena prepair sesuatu jugalah jawabnya.. sedih memang sedih sebab dari Harraz baby lagi akak pengasuh tu dah jaga harraz punya baik.. paling aku suka adalah persekitaran rumah pengasuh tu yang sangat bersih.

Apa pun aku sekeluarga masih berdoa agar pengasuh ni tak jadi pindah.. sebab masa hantar harraz semalam dia kata doa-doalah ye akak tak jadi ikut suami gi perak.. dalam nada tu macam ada harapan tak pindah.. tapi tu semua bergantung pada si suami pengasuh tulah..

Nak hantar anak ke taska memang kurang confident sekarang ni sebab banyak sangat kes yang kurang menyenangkan kita dengar dan lihat.. nak hantar balik kampung bagi tok yang jaga lagilah susah.. sebab nanti kami pulak yang asik rindu.. lagi satu.. silap-silap hari bulan harraz dah tak rapat nanti dengan daddy and mama dia..

Jadinya.. segala kemungkinan dalam beberapa bulan ni kami kena hadapi juga.. masih lagi mengintai-ngintai kalau-kalau ada pengasuh yang kami rasa sesuai sebagai backup kalau-kalau betul jadi pengasuh harraz ni pindah.

Doa-doa semoga segala urusan kami dipermudahkan dan segala masalah dapat diselesaikan dengan bijaksana…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. alaaaaaa.... nak kena pindah pulak.. harap2 tak jadi pindah laaaa yea.. :)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..