4 Hari Tanpa Orang Tersayang Di Sisi

3/04/2013 11:24:00 PG 4 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Rindukan anak bini dekat Penang…. walaupun baru 24 jam terpisah sementara atas urusan kerja.. sepanjang 4 hari ni nampaknya cik malarang terpaksa jaga harraz sorang-sorang tanpa bantuan aku.. harapnya bolehlah dia handle anak bujang sorang ni.

Hari sabtu hantar cik malarang dengan Harraz balik penang naik kereta.. semalam tengahari aku dah gerak balik KL semula naik bus.. kereta tinggal dekat penang.. lagi pun seminggu je dah kena balik Penang semula jemput dia orang.. jadi nak jimatkan kos pergi balik aku ambil keputusan balik KL naik bus je.. sesekali naik bus ni seronok juga.. boleh tidur puas-puas..

Sebelum balik penang hari sabtu tu sempat bawa cik malarang dengan Harraz gi MotherHood Expo di KLCC (entri expo ni akan menyusul nanti.. sbb gambar semua dalam kamera Phone Cik Malarang)

Harraz di KLCC

Punyalah seronok anak aku dekat KLCC ni.. lagi-lagi bila dah dapat kaki ni dia nak berjalan je.. semua budak-budak nak ditegurnya.. hehehe

Tamat kisah dekat KLCC..

Harraz dan Daddy

Ciuman rindu buat harraz… ciuman buat mama tak boleh publish sini.. hehehe

Dah lama tak berjauhan dengan anak bini.. masa harraz baby dulu masa  cik malarang dalam pantang pernahlah tinggalkan dia orang dalam seminggu lebih.. tapi bila anak dah usia lebih setahun ni.. bila dia takda dekat sisi kita rasanya macam kurang je.. selalu bila balik keje petang-petang gi jemput dia dulu dekat rumah pengasuh.. dah tu balik rumah main-main dengan dia sampailah dia tertidur.. pepagi pulak siap-siapkan dia untuk hantar ke pengasuh lagi.. macam tulah rutin harian kita orang..

Tapi bila dia takda balik balik rumah je sunyi je.. selalu adalah orang rumah boleh buat gurau senda.. ni nak bergurau senda pun tak boleh dah.. harap boleh dengar suara je dari jarak jauh… tapi takpelah kata orang sesekali berjauhan tu menambahkan lagi kasih sayang antara suami isteri.. tapi lama-lama tak boleh tahan.. hehehe.

Harraz Tidur Lena Di Penang

Kesian Harraz.. tak dapat nak gurau-gurau dengan daddy.. selalu sebelum tidur dekat rumah dia akan naik atas perut aku sambil mulut.. vrooommmm… vrooooommmm macam naik motor.. hehehe..

Cik malarang mesej bagi tahu katanya semalam sebelum tidur harraz termenung je.. mungkin dia teringatkan daddy dia kot.. tapi takpe cik malarang boleh jaga Harraz dengan sebaiknya.. insyaallah nanti daddy balik Penang boleh gurau-gurau dengan harraz lagi ye..

* Semoga isteri & anakku sentiasa jaga diri disana… amin..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. rileks bro... kena belajar gak berjauhan.. aku pun dah rasa.. rindu beb!! ape2 hal, jom ngopi! hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak mengopi macam mana.. kuda semua tinggal dekat penang.. gi koje kaki ayam je.. hehehe

      Padam
  2. Sabaqq...sat jea tu..minggu depan dah boleh peluk cium harraz.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..