Tree Steak House Sungai Buluh | Kalau Orang Belanja Memang Sedap

2/15/2013 03:40:00 PTG , 10 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

3 hari lepas sempat melayan selera di Tree Steak House Sungai Buluh dengn cik malarang serta adik ipar dan suami.. Kebetulan hari tu kami baru je tiba dari pulang bercuti di Johor dan pada masa yang sama adik ipar dengan suami datang sekali bermalam dirumah.. so di ajaknya kami untuk makan makanan barat yang korang selalu sebut Western Food.. hehehe.

Mula-mula ingat nak gi makan dekat area kedai makan dekat sebelah rumah je.. sebab dekat situ ada satu kedai yang memang betul-betul kena dengan selera cik isteri iaitu Lamb Chop.. tapi bila kita orang pergi kedai pulak tutup.. mungkin semua staff masih bercuti tahun baru cina.. jadi fikir punya fikir takkan nak gi dekat Chop N Steak Kg baru pulakkan jauh tu.. jalan pulak mesti jem.. so penyudahnya tetiba teringat satu kedai makanan western dekat Sungai Buluh.. terus ajak dia orang ke sana.. lagi pun orang nak belanjakan kita suka je.. hehehe.

Tree Steak House 1

Disebabkan parking penuh terpaksa park kereta dekat seberang jalan.. nak melintas 10 minit baru dapat.. memang mempertaruhkan nyawa betul..

Tree Steak House 2

Nilah restoran Tree Steak House.. lokasi hanya ditepi jalan sahaja..

Tree Steak House 4

Masuk-masuk je mak ai.. penuh dengan pelanggan selamat ada satu meja kosong..

Tree Steak House 5

Anak bujang aku ni.. kalau keluar malam mesti nak bawa sekali bantal busuk dia..

Tree Steak House 7

Adik baru harraz @sepupu harraz.. panggil saya Irfan ye.. baby comel ni..

Tree Steak House 6

Ibu muda baru lepas habis pantang.. rasanya apa yang dia nak order tu ye..

Tree Steak House 8

Mai pilih mau makan apa.. cepat pilih-pilih

Tree Steak House 3

Toleh belakang terus nampak banner ni.. Jus Durian Belanda.. tak pernah minum tapi teringin nak rasa.. apa lagi terus order satu.. RM4.50

Tree Steak House 9

Jus Durian Belanda aku dah sampai.. terbaik untuk kesihatan katanya.. hehehe

Tree Steak House 10

Yang ni aku punya Chicken Chop je..

 Tree Steak House 11

Macam biasa Lamb Chop Black Paper siapa lagi kalau bukan cik malarang punya… malam tu biras aku pun makan menu yang sama dengan cik isteri..

 Tree Steak House 12

Lasagna ni  first time aku rasanya.. ni ibu lepas baru habis pantang punya.. hehehe

 Tree Steak House 13

menu tambahan sotong goreng tepung untuk Harraz.. hehehe

Terima kasih kepada adik ipar dan suami yang sudi belanja kami sekeluarga.. semoga rezeki korang lebih murah lepas ni.. amin..

Kepada yang nak mencuba makanan western dekat Tree Steak House ni bolehlah berkunjung ke alamat dibawah ni.. kalau korang datang ramai-ramai ada baiknya korang call dulu untuk booking tempat.. sebab biasanya kedai tu sentiasa penuh dengan pelanggan..

Waktu Perniagaan:
6.00 ptg - 12.00 mlm setiap hari

Lokasi:
Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras Tengah, Sg Buloh, Selangor.

Tel/Reservation:
016-3436550 (Sham Shaharir)
016-2690656 (Efiyanti Jaarif)

Email : treesteakhouse@yahoo.com

Website : http://www.wix.com/treesteakhouse/sgbuloh

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. kalau nak mkn western yg sedap dgn harga yg sgt berpatutan..kat sini la tempatnya..Jue pn selalu ke sini..dkt je ngan rumah..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap.. rasanya akan terjah berkali-kali lagi kot.. hehehe

      Padam
  2. Assalamualaikum kak, rumah sheila belakang lorong tree steak house ni! hahaha tapi sheila belum pernah masuk kedai ni. full selalu. tapi ada lagi satu kedai, sedikit mahal. tapi lebih sedap! hehehe. depan sikit je daripada kedai ni. lepas pasar malam. hehehe sedap ke situ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke.. apa nama kedai tu.. boleh compare nanti..

      Padam
  3. pergh! menarik lamb chop tue.. nak kena cari gak nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau orang belanja memang menarik bro.. tapi yang ni memang sangat menarik..

      Padam
  4. mana harga??

    kalu letak harga leh gak compare sama ada murah atau mahal........

    kenapa shicken grill tu tak der roti ? hahaha.....suka kalu yg ada roti....

    k bai.......... hahaha

    http://Sumijelly.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasi Zoom itu menu mesti dapat harga punya kakak.. hehehe

      Padam
  5. wehhhh... takkan hang tak pernah minum durian belanda?? :)

    harraz ada bantal bucukkk... wekk wekkk.. ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan buah dia pernah.. minum jus ni pertama kali bro.. hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..