Shopping Di Kedai Buku Popular Guna BB1M

2/17/2013 01:26:00 PTG , 4 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Semalam sempat bawa cik isteri dan anak gi One Utama, Damansara untuk gi beli buku guna Baucar Buku 1M  yang dia dapat beberapa minggu lepas.. ni merupakan kali ke 2 cik isteri dapat sebab sekarang dia tengah buat PJJ so layaklah untuk dapat Baucar tu..

Sama seperti tahun lepas juga.. yang habiskan baucar tu akulah juga.. hehehe.. biasanya aku akan borong majalah keretalah dengan barang-barang stationery.. tapi untuk penebusan kali ini dia dah bagi syarat..

Di kedai buku Popular One Utama kalau nak beli barang-barang stationery guna baucar buku tu.. kena beli buku dulu dalam nilai 80% baru boleh melayakkan guna 20% beli barang-barang Stationery.. dalam kira-kira matematinya.. korang kena beli buku bernilai RM200 baru layak guna RM50 untuk beli barang-barang Stationery.. Harus diingat juga Majalah tidak termasuk dalam kategori buku.. yang tu dalam kategori Stationery..

Pusing punya pusing dekat kedai buku Popular tu akhirnya berjayalah kami kumpul buku-buku  dekat bawah ni untuk ditebus guna Baucar buku 1M tu bernilai RM200… baki lagi RM50 kami gunakan beli barang stationery..

Shopping Buku 2

Apa yang menarik dekat popular ni.. kalau korang beli buku dengan nilai RM150 korang layak dapat baucar RM10 dari popular dan kalau beli buku dengan nilai RM250 korang layak dapat baucar RM50.. rasanya lagi untuk guna semua RM250 sebab korang akan dapat baucar RM50 yang boleh digunakan untuk beli buku atau stationery.

Baucar BUku Popular 1 Baucar BUku Popular 2

Macam kami ni.. kami dapatlah yang baucar RM50 dari popular sebab kami habiskan semua BB1M tu bernilai RM250.. bukan tu je dapat sekali free kad keahlian Popular.

Kali ni aku banyak beli buku berkaitan pelaburan hartanah..  mana tahu satu hari nanti boleh jadi macam Bro ini atau Bro ini yang katanya baru je booking satu lagi condominium di Cyberjaya..  Memang bijak otak mamat ni..

Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru 1

Nilah antara buku yang aku beli.. walaupun buku ni dicetak pada tahun 2010 tapi mungkin ada ilmu didalamnya yang boleh aku pelajari nanti..

Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru 2

Harap-harap aku bolehlah habiskan baca buku yang setebal 103 muka surat ni.. bukan apa aku ni ada masalah malas membaca sebenarnya.. dah banyak buku-buku yang cik isteri belikan pun tak habis baca lagi.. insyallah niat dan azam dah ada.. aku mesti boleh baca sampai habis punya buku ni.. amin.

Seperti kata pepatah “Nak seribu daya taknak memang banyak dalih”.

Kepada yang ada baucer buku1M tu dan belum tebus lagi.. korang bolehlah berkunjung dekat kedai buku Popular ni ye.. :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. sume kdai popular ke wat mcm tu ye???rs mcm ssh cket bile dorg ltk syrt mcm tu..smlm pg kdi popular kat jusco bkt tggi xjd nk yuna bb1m tu...sbb nk bli bku byk2 klo x bca bzir je...npe la dorg xbuat mcm thn lps....huhu..

    BalasPadam
  2. sume kdai popular ke wat mcm tu ye???rs mcm ssh cket bile dorg ltk syrt mcm tu..smlm pg kdi popular kat jusco bkt tggi xjd nk yuna bb1m tu...sbb nk bli bku byk2 klo x bca bzir je...npe la dorg xbuat mcm thn lps....huhu..

    BalasPadam
  3. sume kdai popular ke wat mcm tu ye???rs mcm ssh cket bile dorg ltk syrt mcm tu..smlm pg kdi popular kat jusco bkt tggi xjd nk yuna bb1m tu...sbb nk bli bku byk2 klo x bca bzir je...npe la dorg xbuat mcm thn lps....huhu..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..