Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Setiap yang hidup pasti akan mati.. dan yang masih hidup ini semestinya sentiasa ingat yang kita semua akan mati juga.. bila? hanya Allah sahaja yang tahu..
Semua rakan blogger kepada Arwah Jejai pastinya masih dalam mood terperanjat dan sedih mendengar berita pemergian beliau.. Aku sendiri dapat tahu semalam semasa dalam perjalanan pulang dari Johor ke KL bila wife check WhatsApp dapat mesej dari rakan mengatakan Arwah Jejai telah kembali kerahmatullah.. Innalilahiwainailaihirajiun.. yang dapat diucapkan..
Dalam kenangan semasa Arwah hadir disatu majlis bersama blogger
Sedih juga sebab tak dapat nak gi melawat kerana family dari Penang baru sahaja tiba dirumah semalam petang juga.. hari ni pulak aku tak cuti so memang tak dapat nak gi melawat arwah.. insyaallah satu hari nanti boleh melawat keluarga arwah nanti.
Lebih dari 3 tahun aku kenal dengan Arwah.. seorang yang sangat peramah dan suka berseloroh dan bergurau senda.. pendek kata kalau hadir kemana-mana event blogger pastinya tak kering gusi dibuatnya.. sebab tulah ramai rakan blogger yang senang bersama beliau..
Aku doakan semoga Arwah tenang disana dan sentiasa dilapangkan kuburnya serta ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.. buat keluarga Arwah.. Takziah dari kami sekeluarga semoga beliau tabah menghadapi ujian yang berat ini.. kehilangan orang yang tersayang dan ketua keluarga satu dugaan yang sangat berat..
Bagi sapa-sapa yang ingin menyumbangkan sedikit bantuan kewangan buat keluarga Arwah boleh rujuk no. akaun bank disini.
** Update : Arwah telah selamat dikebumikan sebentar tadi.. Sumber dari Sini









al fatihah
ReplyDeletealfatihah... sedey bro.. bergenang airmata aku sampai sekarang
ReplyDeleteAlfatihah. kita yang hidup tetap kena teruskan hidup
ReplyDeleteBeliau sentiasa dalam ingatan dan kenangan kita kan....
ReplyDeleteturut bersimpati dengan pemergiannya. Takziah.
ReplyDelete