Dividen KWSP Tahun 2012 Sebanyak 6.15 Peratus

2/17/2013 02:55:00 PTG , 2 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

KWSP baru sahaja mengumumkan dividen untuk tahun 2012 bagi semua yang mencarum dalam kumpulan simpanan wang pekerja ni sebanyak 6.15 peratus. (Sumber boleh rujuk SINI)

Dividen KWSP 2012

Terasa rugi pulak aku.. sebab tahun lepas je aku dah keluarkan lebih 5k untuk melabur dalam Unit Amanah.. tapi tak pelah.. rezeki tu ada dimana-mana sahaja.. siapa yang bekerja dan majikan tidak mencarumkan dalam skim KWSP ni adalah satu kesalahan besar dan boleh didakwa.. jadi kalau majikan korang tak bayar.. korang boleh buat aduan ye..

Macam mana dengan korang yang ada akaun KWSP ni.. ada gembira mendengar berita ni?

 

***** Sumber dari KWSP ******

Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2012 di Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 18 Februari 2013.

Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka sebagai salah satu pilihan bayaran di bawah Pengeluaran Umur 55 tahun.

***** Sumber dari KWSP ******

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum ... alhamdulillah ... kwsp saya masih terperap wat pekasam

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..