Capati Sedap MJ Muslim Food Kapitan Keling Penang

2/23/2013 09:25:00 PG , 2 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Pagi-pagi hujung minggu ni aku nak hidangkan korang dengan sarapan dari capati.. sapa yang pernah makan capati? kalau area KL dan selangor ni aku kurang pasti kedai mana yang sedap.. kalau ada korang boleh cadangkan ye.. sebab aku nak gi cuba.. boleh tak dia lawan kesedapan kedai Capati yang ada dekat Kapitan Keling Penang tu..

Capati Sedap Penang

Capati sedap 2

Hujung bulan lepas masa aku cuti sakit chicken Pox dan bawa balik cik isteri untuk exam PJJ dekat Penang sempat aku menunaikan hasrat dihati untuk bersarapan di kedai makan india muslim di area Kapitan Keling berdekataan dengan Nasi Kandar Beratur.. nak dikatakan setiap kali aku balik cuti ke umah mertu mesti kena terjah dekat kedai ni.

Capati Sedap Penang 2

Apa yang menarik dengan capati ni dibandingkan dengan kedai mamak yang pernah aku makan dekat area KL ni.. adalah capati yang dibuat tu nipis dan sangat lembut.

Capati Sedap Penang 3

Tukang Uli sorang je.. buat kerja memang cepat..

Capati Sedap Penang 4

sempat aku tengok macam mana capati tu dibuat.. nampak macam senang.. tapi rasanya kalau aku buat entah jadi atau tidak.. hehe

Capati Sedap Penang 5

bukan sekeping capati yang aku makan.. tapi 4 keping…. hehe.. dicampurkan dengan ayam goreng  memang terangkat…

Rasa-rasanya dekat area KL atau Selangor ni dekat mana capati yang korang pernah makan sedap?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Sini mmg tempat feveret breakfast aku masa kerja kat Penang dulu...
    Mmg terbaik...

    BalasPadam
  2. Tu diaaa.... selera sungguh yea...tapi kalu ada kari ayam memang pakat tambah je la kan....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..