Biarlah Bising Dari Senyap Buat Selama-lamanya

2/01/2013 11:38:00 PG 10 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Sedih bila baca tajuk muka depan Metro pagi ni... "Anak Senyap Selama-Lamanya".. Ni berkisahkan seorang kanak-kanak yang mati ekoran didera oleh ahli keluarganya seperti yang dinyakan dalam paper Metro hari ni.. Katanya ibu muda tu selalu merotan budak yang berusia 3 tahun tu kerana terlalu hyperaktif dan selalu tak berhenti menangis... Huhu kesian sungguh dan sedih baca berita ni...




Berita lanjut bacalah hmetro online atau paper metro..




Memang tidak dinafikan kekadang aku sendiri pun hilang sabar kalau anak tak berenti menangis.. dah bagi minum tak mau apa semua tak mahu... Mulalah hasutan setan naik ke kepala... Tapi taklah aku sampai rotan anak aku.. Paling tidak aku pukul tangan dia kalau dia suka baling botol susu yang tak habis minum... Aku tak nak ajar dia bila dah besar suka baling barang kalau tak suka benda tu..

Semoga berita hari ini menjadi ikhtibar buat kita semua... Biarlah dia menangis berterusan dari dia senyap buat selama-lamanya... Bukan senang nak buat anak ni... Tetiba hilang dengan sekelip mata... Huhu...

Semoga aku dan isteri terus ditebalkan kesabaran dalam membesarkan dan melayan kerenah anak bujang aku ni yang dah mula hyperaktif ni...

Harraz dah mula dapat kaki... Habis asik dok nak berjalan je dalam rumah atuk dia ni.

posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. ya Allah..kenapa la mak tu terlampau kejam.. ni mesti ilmu pendidikan anak2 kurang ni.. mak ayah kena tambahkan ilmu utk didik anak2 yg ragamnya macam..kena banyakkan sabar melayan karenah anak.. anak2 ni tak faham ape2 pun lagi..

    BalasPadam
  2. Sebenarnya buat anak tu tak susah.Tapi mengandungkan 9 bulan tu amat lah susah.belum lagi masa melahirkan.Sendiri tau mcm mn sakitnya.Ni dah 3 tahun, tak terasa ke susahnya menjaga.senang2 je nak rotan sampai mcm tu skali.semoga kejadian ni dapat beri pengajaran kepada ibu bapa diluar sana termasuk lah diri sy sendiri.

    BalasPadam
  3. itulah dikatakan sudah terlajak segalanya... kesian budak tu!! ~ kita pun harap dapat bersabar dengan karenah anak yang makin membesar..

    BalasPadam
  4. Kejam bel, pukl smpai camtu....
    Anak rezeki yg palng bernilai..

    BalasPadam
  5. umur tiga tahun, rotan acah2 boleh la. tak sedar terus jadi kejam, tak guna nak menyesal dah.

    BalasPadam
  6. Thank you for talking about this information this post is very useful.

    BalasPadam
  7. The publish is very exciting and I really like your website .Thanks for making reference to with us.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..