Nota Buat Yang Bergelar Seorang BOS

1/09/2013 09:16:00 PG 9 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bagi yang sedang membaca tulisan ini adakah anda sekarang ini seorang yang bergelar BOSS atau pekerja? kalau anda bergelar seorang BOSS  atau pekerja ada baiknya anda membaca nota ini sehingga habis dan cuba fikir-fikirkan adakah benar apa yang ditelah ditulis oleh seorang pengkaji yang bernama Jay Schleifer, di majalah HR Daily Advisor yang menggariskan 7 alasan atau sebab pekerja meninggalkan boss atau dalam erti kata lain meletakan jawatan.

Sebagai contoh ditempat kerja aku sekarang ini.. berapa ramai pekerja yang keluar masuk sepanjang 6 tahun aku bersama majikan aku ni.. ada yang memberi alasan berhenti kerja untuk mencari & menbina kerja baru dan tak kurang juga yang berhenti atas alasan kurang berpuas hati dengan pengurusan syarikat..

im the boss

kredit image : Google

Marilah sama-sama kita kaji adakah benar apa yang dikatakan oleh Jay Schleifer tentang 7 alasan pekerja meletakkan jawatan atau berhenti kerja:

1. Pekerjaan yang tidak seperti diharapkan. Ini sering berlaku kepada pekerja yang mempunyai sasaran jenis pekerjaan yang diidamkan. Boss yang melantik anda untuk tugasan itu seharusnya memastikan bahawa tugasan diberikan bersesuaian dengan keinginan pekerjaan anda. Ini adalah penting kerana ia akan menjadi motivasi dan mengekalkan minat serta meningkatkan produktiviti. Sering kali terjadi adalah boss yang tidak memahami akan keinginan kerjaya anda dan tidak memahami pelan pembangunan kerjaya anda. Paling ketara adalah boss memilih orang yang salah untuk menyertai syarikatnya.

 

2. Pekerjaan yang tidak sesuai dengan bakat dan minat. Minat akan mengekalkan momentum dan kesungguhan seseorang pekerja. Dengan minat, pekerja boleh menumpukan fokus yang lebih dan berdaya saing. Kelemahan boss adalah tidak memberikan tugasan yang tepat pada minat anda. Boss juga tidak memilih orang yang tepat untuk diberikan tugasan tersebut. Pokoknya, boss tidak mengenal pasti bakat dan minat yang ada pada anda. Bagi pejabat yang sikit pula jumlah pekerja, melantik orang bekerja dari pelbagai karektor dan minat adalah penting. Diversity yang diwujudkan meneutralkan keadaan ini.

 

3. Kurangnya perhatian , maklum balas dan latihan dari boss. Pekerja yang baru selalunya inginkan perhatian dan maklum balas atas pekerjaan yang dilakukanya. Ini kerana, sifat manusia yang kurang biasa dengan tugasan itu membuatkan ia sendiri ragu-ragu akan kualiti dan persis tugasan dilakukan mengikut kehendaknya. Meskipun boss tidak memberi maklum balas, maka tidak bererti apa dilakukan adalah baik. Apa salahnya untuk kerap memberi maklum balas kerana ini memberi perhatian kepada orang yang belum berkeyakinan serta membina keyakinan tersebut. Latihan atau coaching yang terus dari boss juga akan memberikan rangsangan kepada motivasi pekerja kerana hubungan yang baik dan tunjuk ajar yang baik akan memberi keyakinan. Menggunakan orang tengah yang selalunya adalah rakan sekerja untuk coaching adalah salah kerana ini akan menyebabkan pekerja baru khuatir akan kepersisan apa yang diajar dan kemungkinan tidak lengkap.

 

4. Tiada harapan untuk perkembangan kerjaya. Jarang pekerja bertemu dan bersemuka dengan boss untuk memberi tahu pelan pembangunan kerjayanya dan kemahuannya atas tugasan yang diberikan. Apa yang terjadi, boss yang pasif akan terus tidak mengetahui akan hal ini dan kebajikan anak buah terabai serta rasa disisihkan. Ini membawa kepada alasan atau sebab rasa ingin meletak jawatan yang seterusnya.

 

5. Rasa tidak bernilai atau tidak diharga. Kadang-kala bukan wang yang diinginkan oleh pekerja tetapi rasa dinilai atau dihargai itu boleh lahir dari penghargaan yang diberikan oleh boss kepada pekerjanya melalui pujian dan hubungan yang baik sesama pekerja. Sering kita mendengar keluhan yang boss begitu mudah memberi arahan, malah kadang-kala suaranya tinggi dan bahasanya kasar. Tetapi bila tugasan telah dibuat, pekerja tidak dihargai dan diucap terima kasih. Begitu juga yang terjadi apabila pekerja diarah bekerja lebih masa. Tetapi penghargaan tidak setimpal. Dan ada juga pekerja yang menilai penghargaan yang diberikan pada orang lain. Merasakan dirinya lebih layak kerana disangka tugasan itu dia lakukan lebih baik atau lebih banyak.

 

6. Rasa beban dan tekanan. Longgokan tugasan yang banyak akibat boss tidak bijak menyalurkan tugasan kepada semua pekerja yang ada. Mungkin ini terjadi apabila seseorang pekerja mempunyai kelebihan berbanding pekerja lain, lalu menjadikan dia sebagai pet-staff boss tersebut. Segala kerja dilonggokan pada dia hingga memberi beban yang tidak seimbang. Sebab-sebab di nombor 4 dan 5 juga antara sebab berlakunya tekanan yang tidak dikawal.

 

7. Hilang kepercayaan atau keyakinan terhadap boss. Ini merupakan masalah terbesar. Apabila sesuatu berlaku tentu memberi kesan, terutamanya apabila perkara yang berlaku itu adalah perkara yang buruk. Pekerja mudah hilang kepercayaan dan keyakinan atas faktor-faktor integriti boss. Ini termasuk ketidakseimbangan hubungan antara pekerja dengan boss dan ketidakseimbangan delagasi tugasan kepada pekerja serta penghargaan yang tidak seimbang.

Jika diamati sehalusnya ke atas 7 sebab ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa ke dua-dua pihak, pekerja dan boss, perlu saling berkomunikasi untuk mengelak perkara ini terjadi. Akan tetapi apa yang terjadi, komunikasi yang disangka wujud sebenarnya lumpuh.

Sumber artikal : NotaFikir

JIka anda ada sebarang pandangan untuk dikongsikan tentang tulisan ini sila tinggalkan komen diruangan komen dibawah.. Jika anda pernah atau ada pengalaman berpindah atau bertukar tempat kerja.. apa alasan anda yang menyebabkan anda berhenti dan bertukar ke tempat kerja baru.

** Tulisan ini dibuat tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk BOSS atau pekerja hanya sekadar ingin berkogsi pandangan dan sama-sama kita terus meningkatkan perestasi kerja kita dari semasa ke semasa ditahun baru ini..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. kerja demi sesuap nasi mid :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 bro.. kekadang nak bersuara pun serba salahkan..

      Padam
  2. setuju dgn point-point di atas tue...tp nak wujudkan persekitaran kerja yg best, dua2 pihak kena saling bertolak ansur..baru rasa keseronokan bekerja.


    p/s : awak, eyza nak antaq kad. guna alamat opis farah yg dulu tu boleh dak?

    BalasPadam
  3. Agree..bagi aku environment kerja yang menarik dan bos yang sporting memainkan peranan yang cukup penting untuk maintainkan aku untuk bekerja lama dalam satu company..kalau bos xle blah, memang kejap je aku blah tempat lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang bro.. sangat beruntung dapat bos yang sporting dengan suasan kerja yg aman dan tenang..

      Padam
  4. bekas boss saya gemar buat penyelewangan duit syarikat. Tak minat nak stay lama-lama nak kena cover kerja kotor dia

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..