Nak Ikut Nasihat Doktor Atau Orang Tua-Tua

1/19/2013 12:05:00 PTG , 11 Comments


Assalamualaikum & salam hujung minggu semua,

Mungkin hujung minggu korang semua berakhir dengan keseronokaan keluar shopping atau bersosial diluar tapi tidak bagi aku yang terpaksa duduk berkurung dirumah dek kerana jangkitan Chicken Pox ni..

2 bintik merah tu menunjukkan chicken pox yang melekat dekat tangan aku


Aku nak tanya korang.. kalau korang yang kena jangkitan serupa ni.. korang akan ikut nasihat Doktor atau orang tua-tua.. bukan apa masa aku gi ambil ubat dekat klinik tempoh hari doktor dah warning dekat aku supaya jangan sesekali minum air kelapa sebab bila minum je.. pasti semua bintik merah akan keluar seluruh anggota tubuh badan dan paling bahaya kata doktor boleh keluar dalam otak.. huhu betul ke?

Ubat ni kena habiskan dalam masa 3 hari.. huhu


Doktor ada bagi 2 jenis ubat dan satu ubat sapu.. dia kata lepas makan ubat tu bintik takkan keluar lagi.. kalau sekarang ada 15 biji bintik ia akan kekal macam tu.. tapi yang peliknya aku dah makan ubat tu still keluar juga bintik-bintik tu..

Jadi aku tanya family aku dekat kampung termasuk saudara mara dan adik beradik.. semua minta aku minum air kelapa banyak-banyak supaya chicken pox tu keluar semua dekat luar.. kalau tak keluar semua nanti akan pecah didalam perut yang lagi merbahayakan nyawa.. huhu.. sampai macam tu sekali ye kesan chicken pox ni.

kredit image : Google.com


Jadi aku telah mengambil langkah nekad dengan meminum air kelapa sebiji pada esok harinya.. ternyata kurang 24 jam lepas aku minum semua bintik merah makin bertambah dan paling ketara dimuka, kepala, dada dan belakang.. jadi betullah kata orang tua-tua minum air kelapa akan keluarkan bintik-bintik merah tu..

Tapi ubat doktor still aku makan juga.. harapnya takdalah komplikasi pada badan aku lepas aku makan ubat doktor dengan minum air kelapa tu..

Daun Semambu untuk hilangkan gatal-gatal dibadan


Korang yang pernah ada pengalaman tu.. korang buat macam mana? makan ubat dokor sahaja atau ikut petua orang tua-tua.. satu perkara lagi yang aku konfius ada yang mengatakan dalam rumah tak boleh ada keluarga yang mengoreng nanti orang yang kena tu akan rasa kepanasan.. yang ni aku kurang pasti.. sebab semalam ada juga aku gi kedai mamak makan roti canai.. wife order maggie goreng.. mamak tu masak dan goreng depan aku.. takda pulak aku rasa macam kena bakar atau kepanasan.. emmm.

Kalau ada sesiapa yang tahu petua-petua untuk rawatan chicken pox ni.. silalah kongsikan dengan aku ye.. huhu.. 

* Baru berangan-angan hari tu.. kalau balik Penang kali ni nak terjah sekali lagi Mee Ketam Balik Pulau.. nampaknya kempunanlah aku kali ni nak rasa masakan makcik sedap tu.. huhu.


Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. Hmmm kesiannya.. Xtaula nak bg pndpt cmna.. Masa sy kena dulu sy prgnt no 2. Jadi, totally mmg xde ubat kecuali ubt sapu calamine lotion. Dan juga air kelapa mmg minuman harian. Lgpun elok utk bby dlm perut time tu.. Sabar byk2 k. Gatal merenyam dia tu mmg xthn sgt. Mkn ubt thn gatal tu. . Speedy recovery. Doa byk2 hopefully xjgkit dgn sikecik tu :-)

    BalasPadam
  2. ermmmm... biasanya minum air kelapa laaa.. hang minum dan makan ubat doktor je dulu

    BalasPadam
  3. saya dah lama xkena chicken pox..kalau kena pun rashes yang teruk.. bila kena saya akan sapu losyen kelamin tu (calamine lotion) hehe.. n saya akan beli shower gel khas utk rashes utk elak gatal. kalau g pharmacy tanyala pharmacist kat situ..

    BalasPadam
  4. kalau minum air kelapa, better janagan makan ubat klinik dulu. nanti rugi sebab air kelapa tawarkan ubat-ubat tu.ubat sapu takpe. air kelapa memang untuk keluarkan semua bintik2 chicken pox. kate orang tua2 la..

    BalasPadam
  5. biasanya memang minum air nyor jer, lama2 elok lah nak hilangkan parot tu baru mintak ubat kat doktor, macam tu lah lenih kurang

    BalasPadam
  6. baru tau ada doktor tak beri minum air kelapa. ubat tahan gatal tu penting sangat sapu semua tempat bintik, dan tidur alas dgn kain(elakan kerap tukar cadar). kain alas ni mungkin penuh dgn ubat sapu.
    moga bro cepat sembuh.

    BalasPadam
  7. Elok2 jgn sampai berjangkit ngan anak..
    Tapi kalau aku pun ikut 2 2..

    BalasPadam
  8. kalau dulu, den minum air kelapa banyak2.. tu petua orang2 dulu.. jumpa doktor pun, doktor tak pernah larang minum air kelapa.. dan lagi satu, orang tua2 lebih berpengalaman daripada doktor :)

    BalasPadam
  9. Jangan kena air hujan n mkn menda2 gatal....minum air kelapa tpbjgn mkn ubat...sbb air kelapa akan tawarkan ubat....ubat calamine lebih bagus dr daun semambu tu....sbb ubat calamine akan hilangkan rasa gatal...

    Lagi satu org ckp lau kita dh kena sekali seumor hidup....nnt x akan kena lg....sama spt penyakit mumps ( beguk)...betul kot???

    BalasPadam
  10. Jangan kena air hujan n mkn menda2 gatal....minum air kelapa tpbjgn mkn ubat...sbb air kelapa akan tawarkan ubat....ubat calamine lebih bagus dr daun semambu tu....sbb ubat calamine akan hilangkan rasa gatal...

    Lagi satu org ckp lau kita dh kena sekali seumor hidup....nnt x akan kena lg....sama spt penyakit mumps ( beguk)...betul kot???

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..