Mee Ketam Balik Pulau Boleh Tahan Sedapnya

1/01/2013 11:37:00 PTG 7 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Entri pertama untuk tahun 2013.. biarkan gambar yang bercerita… untuk permulaan tahun baru ni entri jalan-jalan cari makan sebagai pembuka tirai.. Kali ini lokasi yang dimaksudkan adalah Mee Ketam Balik Pulau, pasti korang jarang-jarang dengar atau first time dengar nama kedai makan ni.. kalau Mee Ketam Kuala Lumpur pastinya dah ramai yang tahukan..

Cerita panjang tak guna jom layan gambar sekarang ni..

Mee Ketam Balik Pulau 1

Siapa sangka disatu lorong yang gelap dikelilingi belukar terdapat satu kedai makan yang sedap didalamnya.. kalau bukan bapa mertua tunjuk lokasi ni sampai bila-bila pun aku tak tahu ada sesuatu yang menarik didalam lorong ni.

Mee Ketam Balik Pulau 2

Nilah lorong yang gelap aku maksudkan.. kalau saja-saja nak cari kedai makan dekat area sini memang sampai kesudahlah tak jumpa kedai ni.. nampak macam sunyi je.. apa yang menarik dekat dalam ni..

Mee Ketam Balik Pulau 3

Suasa kedai yang sunyi dari pelanggan.. masa kami sekeluarga sampai hanya ada satu keluarga yang sedang menunggu pesanan makanan sampai.. tapi tak sampai 15 minit kami duduk toleh kiri dan kanan dan ada lagi 4 keluarga yang sampai untuk ambil order.. nampak gaya tersorok macam ni pun ada juga orang mai kan.. mesti ada yang special dalam ni..

Mee Ketam Balik Pulau 4

Semua menanti pesanan makanan dengan muka yang penuh harapan.. ada yang berfikiran dalam hati sedap ke ni.. ke indah kabar dari rupa je.. ok, see and wait!

Mee Ketam Balik Pulau 5

kurang 20 minit order pertama sampai.. mee udang diberi nama.. rata-rata semua orang memesan menu mee udang ni.. nampak udang macam fresh.. ternyata sangkaan ku benar belaka.. memang udangnya fresh.. rasa kuah pun terbaiklah.. kalau korang nak tahu licin pinggan aku kerjakan.. hehehe

Mee Ketam Balik Pulau 6

menu berikutnya menyusul yang dipesan oleh family cik isteri.. maggie  udang.. kuah sama.. udang yang sama cuma beza guna mee maggie.. rasanya pun sama dengan menu dekat atas tu.. terbaiklah.. yang ni pun aku juga yang belasah separuh pinggan.. hehehe

Mee Ketam Balik Pulau 7

punyalah seronok budak-budak ni.. hehehe.. panjangnya mee kuning tu.. hehehe

Mee Ketam Balik Pulau 8

time makan semua senyap je sebab nak menikmati mee udang.. korang tak rasa pelik ke.. nama kedai mee ketam balik pulau.. pasal apa kami sorang pun tak makan ketam.. jawapannya semua malas nak kupas kulit ketam tu.. dia orang semua lagi selesa makan udang kot.. hehehe.

Mee Ketam Balik Pulau 9

Jadi andai korang datang bercuti di balik pulau dan teringin makan mee ketam balik pulau.. jangan lupa berkunjung ke gerai “Makcik Sedap”.. sesuai dengan nama kedai.. memang menu yang dihidangkan memang tidak mengecewakan..

Cuma sedikit mengecewakan bila menu yang dipesan oleh ibu mertua lambat sampai.. kami semua dah habis makan.. mee hoon  yang ibu mertua pesan tak sampai.. selamat sampai juga akhirnya.. masih boleh diperbaiki lagi kelemahan yang ada dari segi tempoh penghantaran menu dan urusan untuk membuat bayaran juga lambat pekerjanya buat kiraan.. dah panggil berkali-kali lambat mai..

Tapi bab menu masakan memang super B…. terbaik dari ladang.. insyallah hujung bulan time bawa cik malarang balik untuk kursus PJJ nanti.. confirm akan terjah lagi.. hope ada penambah baikkan lepas ni..

Jangan korang tak tahu.. Gerai Makcik Sedap ni pun ada Facebook.. terjah SINI

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. wah..biasanya kedai2 yang biasa macam tu lah yang sedap...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro.. terbaik dari ladang ni...

      Padam
  2. aku kena diet. kena diet. haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. takpe sesekali... nanti lepas makan balik jalan kaki bakar kalori semula.. hehehe

      Padam
  3. Salam...gembira sakan makan mee udang tu yer...kuar lior tengok gambar mee udang tu..nyammmmm

    BalasPadam
  4. Waa..best tu..buat aku terliur je pagi2 ni..haha

    BalasPadam
  5. waaaaahhh... mokcik sedap weeehhh!!!

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..