Monday, January 14, 2013

Kenanga Wholesale City Syurga Memborong Pakaian

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hujung minggu lepas tunaikan impian cik isteri untuk shopping di Kenanga Wholesale City.. yang mana tempat ni boleh aku kategorikan sebagai syurga untuk memborong pakaian lelaki, wanita atau kanak-kanak.

Bila sebut perkataan borong.. mesti beli dalam kuantiti yang banyak baru dapat harga yang istimewa sehingga ada yang menawarkan separuh harga jika membeli 6 helai. Jadi kalau korang nak gi kenduri atau majlis keraian yang memerlukan pakaian tema yang sama.. memang sesuai korang borong pakaian di pasaraya ni.

Korang tidak akan dapat harga yang istimewa untuk membeli sehelai dua pakaian disini.. sebab telah dimaklumkan semua kedai didalam ni adalah kedai borong.. sangat sesuai untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan.

Aku dah dua kali sampai di Kenanga Wholesale City ni.. first time datang bawa keluarga mertua bulan lepas.. second time hujung minggu lepas.

Buat masa ni juga parking di dalam bangunan Kenanga Wholesale City ni percuma sahaja.. belum lagi dikenakan apa-apa bayaran.. tapi mungkin sikit hari lagi mungkin dah kena charge per-entry atau per-hour.

Kenanga Wholesale City 1

pilih-pilih nak terjah tingkat mana dulu… kalau korang nak tahu semua tingkat aku pergi.. hahaha

Kenanga Wholesale City 2

jersi harimau malaya celup pun ada aku jumpa dekat sini..

Kenanga Wholesale City 3

borong-borong.. nak pakai sendiri boleh.. nak jual dekat kawan-kawan murah pun boleh..

Kenanga Wholesale City 4

Kenanga Wholesale City 5

antara butik pakaian yang menarik hati cik isteri..

Kenanga Wholesale City 6

Budak comel ni kalau gi pasaraya tak buat perangai tak sah.. mesti nak mengamuk je.. sabor jelah.. hehehe.. dah tak mau duduk dalam stoller nak bergerak bebas katanya..

 

Kenanga Wholesale City map


Lokasi : Kenanga Wholesale City

No.8.01, Kompleks Kenanga Wholesale City,

Jalan Gelugor, Kuala Lumpur,

Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10am-8pm (Setiap hari)

 

** Sayang isteri turut-turutkan.. hehehe

13 comments:

  1. wah... ni kalau den bawak adik den ni, kompem borong sakan dia..hahaha

    ReplyDelete
  2. dah setahun lebih... ilham dulu pun tak pandang stroller.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. mmg sempoi tempat nie... he he...
    Tak bawa bini lagi.. takut histeria...

    ReplyDelete
  4. terpaksa tak tunjuk gambar yang diborong, sebab tak cukup tangan kan. haha

    ReplyDelete
  5. mmg byk bro. mmg kene rajin temankan isteri la, byk gila kedai dia

    ReplyDelete
  6. Dah sama macam kat GM Klang tak jauh dari Jusco Bukit Tinggi.. memang dapat murah kalau beli borong..

    ReplyDelete
  7. suka pergi KWC... 3-4 kali gak dah shopping situ.. sronok n tensen sbb duit konpem habis... hehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. sheila selalu teman mak shopping sini. murah. beli banyak2 lagi murah. hehe

    ReplyDelete
  9. seoronok kan kat sini....saya pun seminggu 3-4 kali beli. sekali datang beli banyak2. senang. kawan2 pun kirim

    ReplyDelete
  10. wahhhh shopping time..... bestnya...

    ReplyDelete
  11. orang perempuan dan makcik-makcik..memang suka ni..

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini