Kebaikan Dan Keburukan Buaian Pada Bayi

1/29/2013 11:57:00 PG 4 Comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bagi yang dah mula bekerja hari ni selepas bercuti lama selamat bekerja aku ucapkan.. bagi yang masih menyambung cuti seperti aku selamat bercuti juga..

Rupa-rupanya bukan senang nak jaga anak ni.. kekadang terfikir juga aku macam manalah pengasuh bayi ni nak handle sampai jaga lebih 5 orang bayi dalam satu masa.. aku baru jaga Harraz sorang je dah bergusti-gusti dengan dia.. mana susah nak kasi tidur, nak kasi makan, nak layan kehendak dia dan macam- macam lagilah.. rasanya kalau pengasuh ni tak sabar mau dia rendam anak kita dalam baldi kot.. huhu

Apa yang aku nak sembang hari ni bukan pasal pengasuh dera anak.. tapi kaedah pengasuh menidurkan anak kita dibawah jagaan mereka.. dari awal lagi aku dah ajar anak aku supaya tidur tidak dibuaikan maksudnya tidur didodoi dalam buaian.. tapi bila dah start hantar ke pengasuh semuanya berubah.. dek kerana mungkin salah satu cara mudah nak tidurkan bayi ni adalah dengan membuainya.. macam tulah yang terjadi dekat anak aku.. sememangnya dia ditidurkan dirumah pengasuh dengan buai elektrik.. tekan je buaian tu berenjut sendiri... yang ni cik isteri yang nampak sendiri harraz tidur dalam buaian dalam bilik pengasuh.

Buaian penyelamat dirumah mertua..

Bukan main lena kalau kena buai.. kalau tak liat je nak tidur waktu tengahari ni


Bila hujung minggu sabtu dan ahad time giliran aku jaga Harraz ni.. masalah akan timbul yang mana dekat rumah aku memang takda buaian.. so nak tidurkan dia waktu pukul 10.00 pagi dengan petang tu memang satu cabaran yang besar.. tapi untuk tidur malam dia takda masalah sebab dari kecik aku memang dah ajar dia tidur dekat bawah je.. time mengantuk dia datang sendiri dekat aku dah tu golek-golek kejab terus tertidur.. tapi lain kalau siang.. memang susah benar dia nak tidur.

Macam siang tadi.. waktu tidur dah sampai.. mata dah berat.. tapi liat benar nak tidur.. tapi bila aku masukkan dalam buaian sepupu dia.. sat je terus terlena.. nilah orang kata antara kebaikan dan keburukan buaian ni... kalau dah diajar dari kecik semestinya sepanjang masa anak nak tidur mesti kena buai juga.. kalau buai takda.. memang bergaduhlah anak beranak nak kasi tidur.. penyudahnya bapak tidur dulu anak main je.. hehehe.

Jadi kepada yang ada bayi baru tu korang boleh pilihlah samada nak buai atau tidak bayi korang tu.. sebab kalau korang rajin usung buaian tu ke hulu kehilir takpelah.. macam aku memang malas so kalau buaian takda dekat rumah saudara mara tu.. memang aku biar je anak aku main seharian.. kalau dia dah penat sangat barulah dia tertidur sendiri..

Macam mana dengan pengalaman korang besarkan anak ni.. korang buai atau bagi tidur macam biasa je?

** Rasanya kalau tua-tua macam ni tidur dalam buai apa rasa ye.. hahaha

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum, mmg bagus ajar anak tdo bawah je. senang nak bawa berjalan. hehehe

    BalasPadam
  2. Untuk ketiga-tiga anak saya memang tak ajar tido buai. Kalau kat nursery pon memang tak der buai, melainkan parents yg bawak. Sebab pihak nursery tak galakkan anak tido dalam buai. Tidokan dorang mcm biasa jer. Tapi kekadang dorang tido sendiri ☺☺

    BalasPadam
  3. cam aku, mmg xajar tdo dlm buai.. walaupun kat umah mengasuh...
    cuma mmg makin besar, tdo petang mmg susah sikt..

    BalasPadam
  4. macam saya, memang budak2 tu biasa tdo dalam buaian masa kecik2..kalo takdak buaian mmg jenuh la dibuatnyaaaa..tapi kat nursery takder buaian buleh pulak diorang tdo...dengan mak ayah ja yang manja2 lebih ni..hehehee

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..